Cara Hilangkan Batuk Dengan Halia Dan Pudina. Nak kata petua pun boleh. Batuk kalau dah berpanjangan berbulan-bulan, mesti buat kita tak selesa dan sakit kat perut. Sebab tekan perut bila batuk. Kadang baik seminggu dua, then datang balik. Ada banyak petua yang saya pernah share dan kali ini saya share petua yang mudah juga. Guna halia dan daun pudina.
Dalam kebanyakan petua nak hilangkan batuk, saya perasan penggunaan madu amat mujarab bagi meredakan batuk. Mungkin mulai sekarang kita kena simpan sebotol atau lebih madu di rumah untuk kegunaan keluarga kita.
Cara Hilangkan Batuk Dengan Halia Dan Pudina
Air halia bersama pudina.
Halia dapat melonggarkan kahak dan mengeluarkan mukus dari dalam paru-paru. Ia juga dapat menghilangkan gatal-gatal di dalam tekak yang menyebabkan batuk jika anda mempunyai batuk kering.
Pudina juga dapat memberi kelegaan kepada penghidap batuk kering.
Anda perlukan…
.
– 3 sudu besar halia yang telah dicincang halus
– 1 sudu besar daun pudina kering
– 4 cawan air
– 1 cawan madu
Aturannya:
1. Campurkan halia yang telah dicincang dan daun pudina ke dalam 4 cawan air.
2. Masak air tersebut di atas api kecil. Masak sehingga air tersebut tinggal separuh.
3. Kemudian tapis air yang dimasak tadi. Sejukkan seketika. Apabila sudah sejuk, masukkan 1 cawan madu dan kacau sehingga larut dan sebati.
4. Simpan di dalam botol. Minum 1 sudu besar setiap beberapa jam untuk melegakan batuk anda.
Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk selama 3 minggu.
Selamat mencuba kepada pembaca tersayang yang menghadapi masalah batuk yang berpanjangan. Terima kasih.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.