Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dinner Di Foodtrip Adda Heights, JB

Dinner Di Foodtrip Adda Heights, JB. Jalan-jalan cari makan. Bagi chance anak bujang yang dah nak ke Mesir 2 hari lagi. Apa dia nak makan, mana dia nak shopping. Kita kasi chance. Nanti lama lagi nak balik sini, mungkin akan pulang dalam bulan Jun tahun 2020. Walau dalam bulan Februari nanti ada short semester break, beliau tak boleh balik sebab ada program kat sana. So, jika itu untuk kebaikan dia, kami ibu bapa okay je..

Kami dapat nama cafe Foodtrip ni pun dari Facebook. Jika anda nak cari tempat makan yang agak rare dan hispter, boleh datang Foodtrip. Saiz makanan agak besar, boleh order satu menu dan share. Jangan tamak, takut nanti tak habis.


Dinner Di Foodtrip Adda Heights, JB

Dessert cum air dia.. boleh try. Nama dessert ni pun saya dah lupa, cuma ada caramel kat hujung dia.. haha, salted caramel kut..

Dinner Di Foodtrip Adda Heights, JB

Dinner Di Foodtrip Adda Heights, JB

Dinner Di Foodtrip Adda Heights, JB


Jika anda penggemar makanan dengan lambakan cheese, boleh try makan di Foodtrip. Gambar bawah ni adalah french fries dengan taburan daun parsli.


Anak sulung order lamb chop dengan makaroni cheese. Harga sepinggan besar RM29.90. Tapi anak kata sedap. Okay lah.. yang penting habis. Saya pula order chicken chopN gambar


Model penggemar dessert, anak kedua saya. Kita suruh dia tepi sebab nak tangkap gambar air.. eh dia nak posing jugak.. 😅😅😅



Fried chicken chop, kegemaran si kecil. Tak ada cheese bagai, tak ada makaroni. Dia kalau pelik-pelik memang tak makan.


Gambar bawah ni kami order beef nachos dengan cheese. Crispy tetapi sos cheese agak kurang.



Dengan semua yang kami order, alhamdulillah.. hampir bersih semua hidangan kami kerjakan. 

Jika nak pergi makan di Foodtrip Adda Height kenalah booking dulu jika kena waktu cuti atau semasa gaji. Takut orang penuh, order anda lambat di hantar.

Tapi jika datang waktu biasa dan bukan waktu kegemaran orang datang makan, santai je. Tak lah busy melampau..

Harga untuk semua hidangan di atas adalah RM147.60. Alhamdulillah.. anak suka ibu pun gembira. Lepas ni belajar sungguh-sungguh ya nak.. 💜💖💙

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close