Doa Ditemukan Barang Yang Hilang. Kali ini saya nak share pasal doa mencari barang yang hilang. Hilang sebab tersalah letak atau kena curi. Tapi kalau duit dalam ATM yang hilang (sebab sendiri yang asyik cucuk..) itu eden tak boleh nak nolong ya.. hehe
Barang yang hilang kat rumah ni biasanya tersilap letak. Kemudian terlupa, almaklum usia dah menjangkau senja kut.. haha, yang muda pun ada sifat lupa ya, jangan nak sengih sangat. Contohnya kunci kereta, panadol, sikat, dompet dan sebagainya. So, boleh amalkan doa yang disertakan di bawah ni.
Doa Ditemukan Barang Yang Hilang
Saat kehilangan barang yang kita sayang, kita pasti sedih, kan? Merata tempat dicari, tak jumpa juga. Hilang bukan jauh pun, dalam rumah je..
Inilah doanya. Jom amalkan.
Allahumma yaa jaami'an naasi liyaumil laa raibafiih..
Ijma' bainii wabaina dhollatii fii khairin wa'aafiyah
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan dari sesuatu yang hilang, ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang.
Amalkan dibaca sebanyak 10 kali setiap selepas solat fardhu, insyaa Allah.. jumpa balik barang yang hilang itu.
Biasanya ada dekat dengan kita je, tapi entah macam mana boleh lupa di mana letaknya. Kan? Saya selalu berlaku macam tu.
Paling mudah, baca Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bil khair.. minta Allah permudahkan semuanya dalam kebaikan.
Ada juga amalan asmaul husna yang diamalkan untuk cari barang yang hilang. Terpulang ikut cara mana yang mudah dan senang diamalkan.
Semoga bermanfaat ya!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.