Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mee Kari Ayam Sesedap Rasa

Mee Kari Ayam Sesedap Rasa. Cuti lagi hari ini jadi saya masak mee kari untuk family saya. Buat banyak sekali boleh makan hingga ke malam. Jimat masa dan tenaga. Tak gitu?? Mee kari ayam saya tak campur dengan kerang pula kali ini sebab anak-anak tak makan kerang. Kalau ikutkan saya, nak je tabur kerang dalam tu..


Mee Kari Ayam Sesedap Rasa

Mee kuning celur dulu dengan air panas supaya mee jadi lembut dan hilang bau nya. Nak lagi pedas, hiriskan cili hidup dan tabur sewaktu nak makan mee kari nanti.

Mee Kari Ayam Sesedap Rasa

Mee Kari Ayam Sesedap Rasa


Resepi mee kari ayam saya ni memang versi terlebih ayam, sebab tu nampak macam banyak no ayamnya.. hehe..

Jom lah layan resepi mee kari ayam saya.

Mee Kari Ayam Sesedap Rasa

Mee Kari Ayam Sesedap Rasa

Bahan-bahan:

Bahan Utama:

** 1 ekor ayam dipotong kecil dan dibersikan. Jangan buang tulangnya, masukkan ketika memasak kuahnya lagi best!
** 5 ekor sotong dipotong nipis


Bahan untuk dikisar:

1) 2 biji bawang merah besar - dikisar
2) 2 ulas bawang putih - dikisar
3) 2 cm halia - dikisar
4) 2 bungkus kecil rempah kari Adabi - dikisar
5) 1 sudu kecil serbuk kunyit
6) 1 kotak santan
7) minyak untuk menumis
8) air masak

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kari ke dalam periuk sehingga naik baunya.

2. Masukkan isi dan tulang ayam yang telah dibersihkan. Kacau rata dengan bahan kisar tadi. Biarkan seketika agar ayam dan tulang menjadi lembut.

3. Kemudian masukkan santan untuk memekatkan kuah. Selepas lebih kurang 10 min, masukkan fish cake atau bebola ikan, sotong dan tauhu yang digoreng tadi.

4. Masukkan dua atau tiga cawan air ke dalam kuah dengan mengikut citarasa sendiri atau bergantung kepada kepekatan kuah.

5. Masukkan daun kari dan daun sawi sebagai penambah rasa. Daun sawi masakkan sebentar saja. Daun kari dapat menambahkan keenakan mee kari dan lebih sedap untuk dimakan.

6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih sebentar.

7. Mee kari sedia untuk dihidang.

Bila kuah mee kari ayam sudah siap dimasak, bolehlah dihidang mengikut kreativiti tekak masing-masing...hihi. Apa yang saya buat, fish cake dan tauhu goreng dimasukkan terus dalam kuah kari tadi. Lebih menyerap rasa kuahnya...

Bahan Hiasan

~ 1 paket mee kuning dicelur (1kg punya)
~ 4 biji tauhu digoreng dan dihiris
~ 2 keping fish cake dihiris
~ Sawi
~ Limau nipis dan cili merah yang dihiris
~ Bawang goreng untuk ditabur
~ 4 biji telur di rebus - kalau tak ada tak apa
~ Daun sup dan daun bawang di hiris halus
~ Taugeh
~ Daun kari

Dah siap mee kari ayam saya. Buatnya ikut je step by step. Mudah, semudah kita nak makan. Haha..

Selamat mencuba.



Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close