Peperiksaan UPSR Bagi Pelajar Darjah 6 Bermula Dari 4 - 11 September 2019. Selamat menghadapi exam UPSR kepada semua pelajar di seluruh Malaysia. Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ini adalah peperiksaan tertinggi untuk peringkat sekolah rendah kebangsaan di Malaysia.
Melangkahlah dengan yakin. Kamu telah berusaha. Kami ibubapa hanya mampu mendoakan kesejahteraan kamu di dalam dewan peperiksaan. Bawalah semua pesan guru ke dalam hati dan fikiran. Jika kamu berada di persimpangan memilih jawapan terbaik, ingat semula kebersamaan kamu dengan guru dan kawan-kawan ketika mengulangkaji pelajaran bersama. Semoga berjaya anak-anak semua..
Peperiksaan UPSR Bagi Pelajar Darjah 6 Bermula Dari 4 - 11 September 2019
Pelbagai ucapan, motivasi dan kata-kata semangat sudah diberikan. Guru-guru dan ibubapa telah melakukan yang terbaik untuk pelajar. Bila dah masuk dalam dewan peperiksaan, semua terpulang kepada usaha dan keupayaan anak-anak atau pelajar 100 peratus.
Jangan putus harapan ya!!
Lakukan yang terbaik. Sebarang keputusan yang diterima nanti pada akhirnya, itulah yang telah dilaksanakan sehabis baik. Usah kecewa. Berbanggalah kerana kamu telah berusaha. Orang yang kurang berjaya tetapi telah berikhtiar, itulah sebenarnya orang yang berjaya!
Subjek peperiksaan UPSR adalah;
1. Bahasa Melayu Pemahaman
2. Bahasa Melayu Penulisan
3. Matematik
4. Bahasa Inggeris Penulisan
5. Bahasa Inggeris Pemahaman
6. Sains
7. Bahasa Cina
8. Bahasa Tamil
Semoga kejayaan cemerlang dan luar biasa menjadi milik anak-anak kami semua ya Allah..
Doa dan amalan ibu bapa ketika anak di dalam dewan peperiksaan;
Semoga kejayaan cemerlang dan luar biasa menjadi milik anak-anak kami semua ya Allah..
Doa dan amalan ibu bapa ketika anak di dalam dewan peperiksaan;
Bulan September sampai la Disember, bulan yang agak sibuk kepada student yang menduduki peperiksaan penting.
Jangan berhenti doakan kejayaan anak-anak kita.😊👌
Saya kongsikan tip dari Dr Fadzillah Kamsah untuk kita sebagai ibu bapa boleh amalkan waktu anak sebelum dan sedang dalam dewan peperiksaan.
1. Ambil wuduk
2. Menghadap kiblat
3. Membaca syahadah
4. Membaca Al-Fatihah - 10 kali
5. Membaca 3 Qul
6. Membaca selawat - 10 kali
7. Membaca Insyirah - 10 kali
8. Membaca Yassin - 1 kali
9. Berdoa minta pada Allah permudahkan anak dapat menjawab peperiksaan dengan mudah, tenang dan sempurna.
Doa ibu #mustajab, jangan berhenti doakan yang baik-baik untuk mereka. #admin #ceriterabahagia #doaibubapa
Semoga Allah permudahkan semuanya dan izinkan anak-anak kita membawa balik keputusan yang cemerlang. Aameen... ❤

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.