Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Persediaan Pelajar Ke Mesir Dan Barangan Yang Perlu Dibawa

Persediaan Pelajar Ke Mesir Dan Barangan Yang Perlu Dibawa. Alhamdulillah. Perjalanan anak saya semakin jauh kembaranya, kembara mencari ilmu Allah di atas muka bumi ini. Semoga bila pulang nanti, dia akan memanfaatkan pula ilmunya kepada golongan yang memerlukan. Insyaa Allah.


Jika anak anda berminat menjadi doktor, anggaran kos satu semester adalah USD 4,000., dan tertakluk pada kadar tukaran semasa. Tapi kena ada bayaran konsultan atau agen yang menguruskan semuanya dari Malaysia anggaran kos RM20,000 hingga RM22,000.

Jadi permulaan, sebelum anak berlepas ke Mesir, bayaran USD4,000 dan RM20,000 itu kena selesaikan dulu. Pada ketika ini anak-anak belum ada pinjaman pendidikan, so kena guna duit sendiri dulu.

Sebab tu, jika dari kecil kita digalakkan ambil insuran pendidikan atau buat simpanan untuk anak-anak. Kalau ada rezeki anak bijak pandai, kita dah ada simpanan ketika kecemasan.

Persediaan Pelajar Ke Mesir Dan Barangan Yang Perlu Dibawa

Maklumat tambahan tentang Mesir


Jumlah keseluruhan penduduk di KAHERAH SAHAJA adalah seramai 28 juta orang iaitu lebih kurang bersamaan dengan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Cuba bayangkan betapa padat dan besarnya Kaherah tu..

"Jarak masa penerbangan dari Malaysia ke Mesir adalah selama 10 jam. So kalau korang nak terbang ke Egypt aku nasihatkan lebih baik korang ambik flight yang ada transit di mana-mana dan bukannye terbang direct to Egypt. Untuk mengelakkan korang daripada alami gejala sakit pinggang,sakit punggung dan kesukaran bernafas! Dan yang paling penting korang akan rasa sangat bosan dan tak sabar-sabar nak tunggu flight tue mendarat... kalau boleh time tue jugak korang rasa nak terjun dari flight tue! haha...
Aku pernah rasa sekali terbang direct ke Mesir... Memang sedikit menyeksakan dan aku harap itulah pengalaman pertama dan terakhir bagi aku!=.="

Perbezaan masa antara Mesir dan Malaysia adalah selama 6 jam. Malaysia cepat 6 jam dan Mesir lambat 6 jam. Maksudnya di sini Malaysia lagi cepat daripada Mesir selama 6 jam.Faham tak?? So jangan terkejut bila orang-orang di Malaysia dah selesai solat Maghrib dan orang-orang di Mesir baru nak solat Zohor!

Mesir menggunakan matawang yang dipanggil Egyptian Pound (EGP) atau lebih dikenali dengan panggilan Geneh. Beza antara Geneh dengan Ringgit Malaysia adalah lebih kurang 2 kali ganda. Maksudnya kalau RM 1 di Malaysia bersamaan dengan 2 Geneh di Mesir. So korang bolehlah shopping sakan kat Mesir nie! haha...=) sumber

Persediaan Pelajar Ke Mesir Dan Barangan Yang Perlu Dibawa


Persediaan Pelajar Ke Mesir Dan Barangan Yang Perlu Dibawa



Di bawah ini adalah ringkasan barangan yang perlu di bawa oleh pelajar, paling kurang boleh digunakan dalam seminggu dua, sebelum mereka faham jalan dan susur kedai di tempat baru.

Pakaian:


Untuk pakaian, anak saya masukkan dalam satu beg muatan tak lebih 20 kg. Beg tak besar sangat..

✅ Baju untuk kuliah
✅ Seluar untuk kuliah
✅ Pakaian di rumah @ di luar waktu kuliah
✅ Kasut, stokin, seluar dalam yang mencukupi
✅ Cadar dan sarung bantal
✅ Tuala dan kain pelikat
✅ Sehelai baju sejuk, cukuplah
✅ Kalau ada yang lain boleh tambah

Persediaan Pelajar Ke Mesir Dan Barangan Yang Perlu Dibawa
Kotak yang dibalut elok, letak
Label seperti nama dan no passport.

Makanan


Antara makanan yang boleh di bawa adalah seperti di bawah. Anggaran anak saya beli untuk 2 minggu:

Persediaan Pelajar Ke Mesir Dan Barangan Yang Perlu Dibawa

✅ Sardin, tuna, sos dan kicap dalam botol plastik
✅ Cili atau serbuk cili
✅ Rempah ratus seperti serbuk lada hitam, kunyit, halia, bawang putih, cili kering serbuk
✅ Milo, kopi, teh,
✅ Secukup rasa maggi, perencah nasi goreng segera
✅ Biskut, gula
✅ Dan lain makanan yang anda rasa sesuai dan perlu

👉👉 Untuk makanan dan barang penjagaan diri, anak saya masukkan dalam sebuah kotak yang boleh muat lebih kurang 20 kg juga.

Penjagaan Diri @ Toiletteries


✅ syampu badan & rambut - saiz kecil je
✅ liquid pencuci pakaian
✅ pomade, atau krim rambut
✅ pemotong kuku, bedak, krim muka
✅ colgate, berus gigi
✅ dan lain-lain yang rasa perlu


Salinan dokumen dan sijil


Dokumen original tak perlu bawa. Simpan di rumah. Hanya save dalam email @ USB pun dah cukup. Lesen memandu dan IC student pun tak perlu bawa, kalau nak bawa tak kisah..

Jika untuk tujuan pinjaman atau memohon wang zakat.. dokumen yang diperlukan adalah:

⏺ salinan sijil SPM pelajar
⏺ salinan surat beranak
⏺ salinan IC ibu bapa, dan pelajar
⏺ salinan borang EA form ibubapa / pengesahan majikan
⏺ slip gaji ibu bapa

Semoga perkongsian ringkas di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua. Lain kali kalau ada anak-anak nak further study, kita dah ada info dan serba sedikit pengalaman untuk diadaptasikan.

Jika ada tambahan info, saya akan update dari semasa ke semasa.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close