Resepi Kek Coklat Moist Cara Kukus Mudah Rupanya! Semalam last day UPSR exam, alhamdulillah. Anak kecil saya dah selamat dan semuanya went well, kata dia lah. Sebagai menghargai kesungguhannya belajar, saya buatkan kek coklat moist untuk dia. Sebab dia memang hantu kek. Hehe..
Happy sangat bila balik rumah ada kek. 😘😘😘
Apa kata kita pula buat kek untuk anak-anak dan keluarga yang lain. Resepinya ada kat bawah ya..

Resepi Kek Coklat Moist Cara Kukus Mudah Rupanya!
Nah saya share bahan-bahannya kat bawah ni. Jangan tak cuba tau..
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan serbuk koko (boleh guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko (kalau tak suka pahit, boleh ambil 1/2 cawan je), baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan.

Cara membuatnya;

Kalau kukus 1 jam dah masak, boleh lah diangkat dan sejukkan. Kemudian potong ikut saiz kesukaan.
Selamat Mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.