Tanda-Tanda Kematian Yang Baik. Kematian akan mendatangi kita tak kira usia, muda atau tua dan walau di mana kita berada. Mati itu pasti. Hidup insyaAllah. Yang hidup teruskan berusaha menjadi hambaNya yang baik dari sehari ke sehari. Yang telah pergi meninggalkan dunia ini, kita kirimkan doa agar roh mereka dikumpulkan bersama para solihin.
Macam-macam kita dengar berita kematian si polan dan si polan. Ada yang meninggal ketika sedang solat, ada pula yang meninggal dunia ketika sedang bekerja dan sebagainya. Bagaimana pula nanti tentang kematian kita? Adakah kita sudah bersedia? Adakah kita takut akan kematian? Nabi ada kata, mengingati mati itu sunat hukumnya. Mengkhabarkan tentang kematian dan persediaannya adalah baik dan memberikan keinsafan. Semoga coretan di bawah ini juga akan memberikan manfaat kepada semua.

Tanda-Tanda Kematian Yang Baik
Apakah tanda-tanda kematian yang baik? Adakah waktu dan hari kematian memainkan peranan? Mari kita lihat senarai yang menunjukkan tanda-tanda kematian yang baik tersebut.
Daripada sohibus samahah Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad alBakri, Mufti Wilayah Persekutuan:
1. Mati pada hari atau malam jumaat
2. Mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia
3. Diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum meninggal dunia
4. Berasa gembira dan tenang hati untuk bertemu Alkah SWT
5. Meninggal dunia dalam keadaan melakukan amal soleh
6. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya
7. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan perut, lemas tenggelam, jatuh bangunan, melahirkan anak dan syahid di jalan Allah SWT
8. Meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya
Oleh itu, marilah sama-sama kita berdoa agar dimatikan dalam keadaan khusnul khotimah dan ditempatkan di sisi Rasulullah dan dalam kalangan orang yang soleh dan solehah.
Insyaa Allah, semoga Allah izinkan semuanya.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.