Apakah Hukum Mandi Malam? Pernahkah anda dengar orang tua-tua kata tak boleh mandi malam, takut kena asma, badan sakit dan sebagainya. Saya pula, tak kisah mandi malam, kalau balik jalan atau kerja lewat malam, saya still nak mandi. Agar badan segar dan bersih. Bila ada yang cakap tentang pantang larang, saya cuma dengar je sambil tersenyum.
Sebenarnya boleh ke tidak mandi malam? Apakah hukumnya dalam islam? Jom baca penerangan dari Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri, mufti WP tentang persoalan ini.
Apakah Hukum Mandi Malam?
Menurut pandangan ahli ilmu, "Dan adalah makruh memasukinya (tandas) ketika matahari hampir terbenam dan di antara dua isyak (antara maghrib dan isyak) kerana pada waktu itu syaitan berkeliaran."
Namun, tiada dalil al Quran dan Sunnah berkaitan larangan mandi pada waktu malam. Semoga Allah SWT menjadikan hamba-hambaNya di kalangan yang sentiasa menjaga kebersihan.
Maka, jika rasa badan kotor balik berjalan atau bekerja, dengan peluh di badan menyebabkan kita rasa tak selesa, lebih baik mandi walau dah tengah malam.
Yang penting jaga kebersihan. Kalau kotor dan tak segar pun, islam tak suka. Islam adalah lambang kebersihan.
Semoga dapat manfaatnya.
1 Comments
Mandi malam juga, tapi sebelum subuh
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.