Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara-Cara Kesan Kemurungan Awal Dan Bantuan Segera Yang Boleh Diberikan

Cara-Cara Kesan Kemurungan Awal Dan Bantuan Segera Yang Boleh Diberikan. Kemurungan tak boleh dibuat main ya, sebab ada banyak sebab kejadian yang tak diingini berlaku disebabkan kemurungan awal. Iaitu kemurungan ringan yang ramai orang pandang remeh. Dalam ketawa, kita tak tahu mungkin seseorang itu sedang ada masalah disebaliknya. Hari ini mungkin kita lihat dia happy lunch dengan kita, esok hari tetiba dia dah masuk hospital terapi.. 

Entahlah. Dalam zaman serba sibuk, dan laju.. ramai orang yang stress dan murung sebenarnya.. kita sebagai umat islam, jangan lah nak murung-murung. Allah kan ada, dimana-mana. Orang tak suka tak apa, yang penting Allah sayang dan ingat kita. Its enough!!

Cara-Cara Kesan Kemurungan Awal 


So, kemurungan awal iaitu peringkat yang kurang serius boleh dikesan jika rakan, sahabat atau ahli keluarga ada tanda-tanda seperti di bawah.

Cara-Cara Kesan Kemurungan Awal Dan Bantuan Segera Yang Boleh Diberikan

Cara yang kita dapat kesan kemurungan awal adalah: 


1. Kenalan kita akan hilang tiba - tiba dan bersendirian untuk jangka waktu tertentu. 

2. Apabila kenalan kita sendirian kita boleh nampak mereka menangis ataupun apabila berjumpa, kelihatan seperti baru lepas menangis. 

3. Kerja & aktiviti harian mereka terganggu. Akan mula lari dari tempat kerja & kurang menguruskan diri. Semua ini adalah tanda - tanda yang sangat "subtle". Sangat sukar untuk dikenal pasti dan kadang - kadang kita hanya dapat kenali secara retrospektif. 

Apa yang orang disekeliling boleh lakukan adalah: 


1. Tanya khabar.

 2. Beritahu rakan yang terlibat yang kita sedia untuk bantu.

 3. Dengar rintihan rakan tanpa prejudis dan jaga kerahsiaan (confidentiality) rakan kita.

4. Beri panduan untuk rakan kita mendapatkan rawatan yang betul (bukan ke bomoh). Rawatan boleh didapati di Klinik Kesihatan & juga Klinikal Mentari. 

5. Jika rakan anda tak selesa untuk "open up", boleh cadangkan untuk hubungi Befrienders (03-7956 8145) untuk bercakap dengan seseorang secara anonymous.  
Sama - sama kita pecahkan Stigma Kesihatan Mental. Reach out, speak out. Let's Talk Malaysia. 

Sebahagian isi kandungan artikel adalah daripada,
Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris Pengerusi dan Pengasas Mythbusters Malaysia

Semoga bermanfaat ya kekawan semua. Sisi lain kita memang orang tak tahu tetapi biarlah ianya seiringan dengan akhlak dan amalan kita.

Insyaa Allah, Allah ada .. walau dimana kita berada. 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close