Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Menggembirakan Ibu Bapa, Usah Biarkan Mereka Berkecil Hati

TIPS MENGGEMBIRAKAN IBU BAPA. Tanpa ibu bapa tiadalah kita di muka bumi ini. Ibu bapa adalah syurga kita, jagalah mereka dan tatanglah mereka seperti minyak yang penuh sepertimana mereka jaga kita ketika kita masih kecil. Ibu bapa berkorban untuk kita ketika masih kecil hingga sekarang tetapi apakah anak-anak sanggup berkorban untuk ibubapa? Tepuk dada tanya iman ya kekawan..

Kini, dari kecil kita kena educate anak-anak tentang hidup apabila mereka berada di tempat kita nanti. Ajari anak-anak untuk sanggup berkorban apa saja kepada kita iaitu orang tuanya. Kerana apa? Kerana dalam zaman serba pantas dan canggih, anak-anak lebih mudah terpengaruh oleh anasir luar berbanding mendengar nasihat dari mulut orang tua sendiri. Jadi, sematkan nilai kekeluargaan, tanggungjawab, dan nilai pengorbanan mulai dari saat mereka jejakkan kaki ke sekolah.

Cara Menggembirakan Ibu Bapa, Usah Biarkan Mereka Berkecil Hati

Tunjukkan contoh yang baik segala perbuatan kita terhadap mak bapak kita agar mereka pun akan mengikutinya apabila tiba masanya nanti.

Cara Menggembirakan Ibu Bapa, Usah Sakiti Hati Mereka


1. Apabila ibu bapa bertanya, jawab dengan baik. Usah biarkan pertanyaan ibu bapa, termasuklah di WhatsApp, tidak berjawab. Walaupun ibu bapa tidak beritahu anak-anak, percayalah mereka kecil hati.

2. Gunakan ayat yang penuh apabila berkomunikasi dengan ibu bapa. Elak, "Sudah." Sebaliknya jawab, "Saya sudah makan malam tadi." Ayat ini lebih manis di telinga ibu bapa.Usah gunakan gaya percakapan kawan-kawan dengan ibu bapa.

3. Usah tunggu ibu bapa bertanya. Elok anak-anak yang mula bertanya ibu bapa. Anak-anak boleh bertanya adakah ibu bapa sihat, adakah mereka sudah makan, dan apakah aktiviti ibu bapa hari ini. Ibu bapa amat berbesar hati apabila melihat anak-anak prihatin dengan mereka.

4. Biasakan menzahirkan kasih-sayang kepada ibu bapa. Ucap terima kasih. Ucap "Saya sayangkan emak." Ucap "Saya rindukan ayah." Perkataan ini tidak susah diungkapkan, namun beri makna yang besar kepada ibu bapa.

5. Sekira ada perkataan ibu bapa yang kurang menyenangkan, elok berdiam diri saja. Sebagai manusia, ada masa mereka marah. Ada masa mereka sedih. Usah melawan dan berbalas-balas cakap dengan ibu bapa. Mereka sudah cukup berkorban rasa dengan kita.

6. Apabila ibu bapa membesarkan anak-anak selama lebih 20 tahun, mereka ada deria rasa yang tinggi. Melihat muka anak atau mendengar beberapa patah perkataan saja, mereka sudah dapat meneka apa yang anak-anak lakukan. Usah berbohong dengan ibu bapa. Mereka cukup terkilan apabila kena bohong dengan anak-anak.

Cara Menggembirakan Ibu Bapa, Usah Biarkan Mereka Berkecil Hati

7. Walau bagaimana sekali pun kita rasa pendapat ibu bapa salah, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak, maka raikan pendapat tersebut.

8. Kebanyakan ibu bapa tidak mengharapkan harta benda anak-anak. Selama ini pun, ibu bapa sudah korbankan banyak harta benda mereka kepada anak-anak. Ada kala ibu bapa ikat perut kerana nak beri kesenangan kepada anak-anak.

Facebook @jentikhati

Semoga coretan dan perkongsian di atas boleh dijadikan panduan kepada kita dalam mendidik anak-anak sekaligus pengajaran dan peringatan kepada diri sendiri juga.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close