Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Duhai Wanita, Tutuplah Aurat Jika Sayangkan Ayah Dan Suamimu

Duhai Wanita, Tutuplah Aurat Jika Sayangkan Ayah Dan Suamimu. Sebagai wanita, ada banyak perkara dan perlakuan kita yang bersangkutan dengan waris kita samada ayah, suami, adik beradik lelaki. Jika wanita tidak menutup aurat contohnya, yang akan menanggung dosa dah tentulah diri sendiri tetapi termasuklah juga ayah, suami dan adik beradik lelakinya. Mereka semua ini akan dipersoalkan di akhirat kelak. 

Secara ringkasnya, jika kita sebagai kaum hawa tak mahy dosa kita jadi MLM (iaitu turun menurun) maka jagalah diri sendiri dengan baik, ikut suruhan Allah sepertimana dalam al Quran dan tinggalkan segala laranganNya. Walau benda yang dilarang itu benda yang paling kita suka.


Duhai Wanita, Tutuplah Aurat Jika Sayangkan Ayah Dan Suamimu


Menutup aurat itu kewajipan, bukan ikut-ikutan. Orang pakai kita pun nak pakai, tapi tak apa. Benda baik kita ikut walau terpaksa. Mula-mula paksa, lama kelamaan jadi sukarela. Walau menutup aurat pada mulanya kerana ia uniform rasmi, tetapi kenalah buat sebab ia kewajipan kepada wanita muslim.

Duhai Wanita, Tutuplah Aurat Jika Sayangkan Ayah Dan Suamimu

Cara menutup aurat yang betul.


1. Pakai tudung melabuhi dada
2. Tutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
3. Kain tak nipis dan tak jarang
4. Tidak berwangi-wangian
5. Memakai baju labuh dan longgar
6. Pakai sarung kaki

Menutup aurat bukan setakat kita menutupi anggota badan yang wajib di tutup, tetapi akhlak, suara, hati semua pun kena jaga. Barulah ia seiringan dan sesuai dengan penampilan seseorang muslimah sejati.

Yang baik kita jadikan panduan dan yang tak elok kita ambil sebagai pengajaran. Hidup kat dunia ni pun tak lama. Tak usahlah kita degil sangat macam nak hidup lama lagi. Okay.. 

Jom kita tutup aurat dengan sempurna. Tetapi dalam keadaan yang sederhana, tak usahlah berlebihan hingga diri sendiri rasa kurang selesa.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close