Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hak Seorang Kawan, Tuntut Menuntut Di Akhirat

Hak Seorang Kawan. Tuntut Menuntut Di Akhirat, Apakah Salah Kita? Jangan ingat kita dah buat semua amalan, kita rasa dah tak ada salah dan silapnya pada sesiapa pun. Kadang-kadang kita alpa, dalam sekecil-kecil perbuatan yang terlupa kita bakal dituntut di akhirat kelak. Ada yang menuntut dan ada pula yang dituntut. Itulah amanah besar yang kita kerap terlepas pandang... amanah kita dalam pesan berpesan kepada kebaikan.

Beratnya tanggungjawab kita sesama kawan dan sahabat muslim. Bila kita tak laksanakan hak kita, menegur ke arah perkara yang betul.. kita akan kena tuntut di akhirat kelak. Kawan kita cakap, kita tak ajak menutup aurat, tak paksa tinggalkan maksiat dan sebagainya. Sebenarnya susah menjaga hak kita yang satu ini.. semoga Allah SWT permudahkan..

Hak Seorang Kawan, Tuntut Menuntut Di Akhirat

Tuntut Menuntut Di Akhirat, Apakah Salah Kita?


Coretan tentang MUHASABAH DIRI daripada ceramah Ustazah Asmah Harun. Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Tiada seorang pun yang terlepas.

Di dunia ni kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walaupun jaraknya 500 perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut.

Orang Lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin). Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yang akan menuntut pahalanya di akhirat.

Hak Seorang Kawan, Tuntut Menuntut Di Akhirat

Begitu juga ibubapa yang sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yang sakit, mak ayah kata dia redha tetapi di akhirat nanti semuanya akan dituntut.

Jika ada mertua tetapi tidak menjaga hak mertua, di akhirat juga akan dituntut kelak. Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tidak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa-dosa orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu.

Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yang ambil mudah. Contoh suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sebab akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yang sedang tidur.

Di dunia ini kita nampak kecil sahaja benda ni tapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pada isteri.

Di dunia ini jika suami membiarkan isteri-isteri dan anak-anak mereka tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri dan anak-anak akan saling menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa. Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia tapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun mereka akan tuntut.


Itu belum lagi bab dalam berkawan. Jika kita ada ilmu agama, kita tidak sampaikan pada kawan-kawan, kita biarkan kawan-kawan kita dalam kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan. Maka di akhirat nanti kawan-kawan akan datang menuntut hak kepada kita.

Hidup kita di dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook. Jangat ingat di alam maya ni, Allah tak hitung amalan kita. Apa saja walaupun sekecil kuman Allah akan hisab.

Seorang perempuan beragama Islam yang mendedahkan aurat jika tiada satu pun kawan-kawan yang menegur dia untuk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan-kawannya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yang tidak menutup aurat tu akan menuntut semua pahala dari kawan-kawan yang tidak menegurnya.

Nampak?

Ini antara hak seorang kawan. Kita ada ilmu agama tapi kita tidak lunaskan haknya sebagai sahabat. . . . #CopyPaste #UstazahAsmahHarun #Motivasi

Semoga bermanfaat kepada semua. Jangan sampai kita dituntut di akhirat kelak kerana tak sampaikan hak kita kepada mereka yang berhak.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close