Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pelancaran Jualan Rumah Dengan Tema Pink

Pelancaran Jualan Rumah Dengan Tema Pink. Hari ni menghadiri pelancaran jualan rumah taman sebelah. Tema yang cantik dan catchy. Semua serba pink. Decoration pun cantik. Datang saja lah nak survey pakej rumah sekarang. Sebab, jika anda nak jimat banyak bila beli rumah, kenalah buat perbandingan. Mana yang ada offer dan berbaloi, boleh beli sebiji dua samada sebagai kediaman sendiri atau sekadar pelaburan jangka panjang. Terpulang. Sambil survey, dapat juga menikmati jamuan yang disediakan sekadar membasahkan tekak. Hehe..

Tulisan santai saya adalah tentang pelancaran jualan rumah dan saya selitkan sikit cara nak tanya soalan kepada pegawai jualan jika anda adalah kali pertama nak memiliki rumah.


Pelancaran Jualan Rumah Dengan Tema Pink


Pemaju ni buat tema pink. Memang cute.. Jom layan gambar serba pink tersebut.. Hehe, selain survey.. sempat juga ambil gambar bunga yang cantik-cantik.

Pelancaran Jualan Rumah Dengan Tema Pink

Gubahan bunga segar yang amat menarik walau ringkas saja.

Pelancaran Jualan Rumah Dengan Tema Pink


Ini semua bunga segar tau, nampak macam tipu je kan??




Serba pink dari alas meja, tirai, bunga, dan macam-macam lagi..


Oh ya, jika anda nak beli rumah untuk pertama kali haruslah survey dengan teliti segala pakej yang ditawarkan. Antara perkara yang boleh ditanyakan adalah:

1. Wang pendahuluan - adakah ada jumlah minima tertentu atau terus 10%?

2. Yuran guaman perjanjian jual beli - duti setem, pendaftaran, yuran peguam profesional, pelbagai perkara lain dan sebagainya

3. Yuran guaman pinjaman bank

4. Jenis pegangan tanah - pajakan atau kekal

5. Rebat yang ditawarkan

6. Faedah kelewatan bayaran

7. Tempoh pembinaan

8. Status lot yang nak dibeli - lot bumiputra atau bukan bumiputra

9. Dan sebagainya .. anda boleh tanya apa saja yang berkaitan jual beli rumah

Semoga panduan di atas sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua pembaca.

Oleh kerana terlalu banyak pemaju perumahan sekarang ni, so anda kenalah buat kerja lebih sedikit untuk menyiasat latar belakang sesebuah pemaju atau developer. Elakkan beli rumah dari pemaju yang pernah ada sejarah projek terbengkalai atau lambat penyerahan kunci atau late delivery.

Senoga berjaya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close