Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bunga Kemboja, Kenapa Mudah Ditemui Di Perkuburan

Bunga Kemboja, Kenapa Mudah Ditemui Di Perkuburan. Bunga kemboja selalu dikaitkan dengan kesedihan. Mudah ditemui di tanah perkuburan. Kenapa bunga kemboja sering ditanam di tanah perkuburan. Apakah sinonimnya dua benda tersebut?

Info tentang bunga kemboja yang saya kongsikan dari web wikipedia. Bunga kemboja (bahasa Inggeris: frangipani atau plumeria) selalu dikaitkan dengan kawasan perkuburan di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Cempaka Kubur. Oleh yang demikian pokok bunga kemboja jarang ditanam di halaman-halaman rumah. Saiz pokok ini besar. Warna bunga putih kekuning-kuningan dan saiznya kira-kira 8cm.
Bunga Kemboja, Kenapa Mudah Dijumpai Di Perkuburan

Bunga Kemboja, Kenapa Mudah Dijumpai Di Perkuburan

Namun begitu, ada juga ditemui pohon kemboja di sepanjang jalan dalam taman perumahan saya, tapi taklah sebanyak dan se rendang yang terdapat di tanah perkuburan. Lagipun, perkuburan adalah kawasan tanah yang subur, jadi sesuai sangat dengan karekter pohon kemboja yang berbatang besar dan kuat.

Bunga Kemboja, Kenapa Mudah Ditemui Di Perkuburan


Mari kita baca penerangannya mengapa bunga kemboja banyak di tanam di kawasan perkuburan. Menariknya pohon kemboja ini akan memekarkan bunganya bahkan sebelum layu, masih dalam keadaan menyimpan bau wangi yang amat harum dan kuat.

Keadaan ini akan membuatkan kuburan bertaburan bunga secara berkala dan tetap wangi, walaupun tidak ada orang yang datang menaburkan bunga. Haa.. jadi maksudnya supaya kawasan perkuburan yang muram masih tetap bertahan wangi dalam tempoh lama.

Selain itu, jasad dalam kubur akan membusuk secara organik dan membuat tanahnya sangat subur. Karakter pohon kemboja pula sangat memerlukan tanah yang subur dan kuat untuk boleh terus hidup dan berbunga.

Itulah sebabnya mengapa pokok kemboja banyak ditanam di kawasan perkuburan. 

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Dah banyak pokok kemboja hybrid yang sesuai ditanam di dalam pasu.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close