Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Nak Buat Blog Secara Konsisten Dan Banyak Ilham

Cara Nak Buat Blog Secara Konsisten Dan Banyak Ilham. Konsisten dalam berblog memang agak sukar nak dilaksanakan. Sebab kita ada banyak komitmen lain, walau anda blogger sepenuh masa atau part time. Mesti ada je halangan yang melintang di hadapan bila mood nak berblog tu datang.

Benda yang biasa menghalang kita nak buat entri di blog adalah kekurangan idea. Atau orang kata tak dak ilham. Itu yang kritikalnya. Nak tulis apa saja memang boleh, tetapi adakah apa yang kita hasilkan itu ilham yang original atau datang dari aktiviti copy paste..? Itu kena pastikan ya...

Cara Nak Buat Blog Dengan Konsisten

Bukan tak boleh meniru kerana hidup kita memang copy paste dan ikut apa orang lain buat. Tapi ikut benda yang baik-baik je la ya.. Benda yang tak baik seperti maksiat dan kemungkaran tu jangan sesekali ditiru. Okay!!

Jadi, macam mana kita nak konsisten dalam berblog dan sentiasa ada ilham yang bermanfaat? Sila baca sampai habis, kerana saya akan kongsikan info dan cara-caranya.

Cara Nak Buat Blog Secara Konsisten Dan Banyak Ilham


Bagaimana ya nak konsisten dalam buat blog? Sentiasa ada entry yang segar, betul dan bermanfaat kepada orang lain.

1. Banyak membaca dan membuat blogwalking ke blog lain atau website yang boleh dipercayai. Baca dan buat analisa dari sudut pandangan anda pula..

2. Sentiasa rekod/ catat ilham yang datang tak tentu masa. Jangan malas, konon nanti dan nanti. Memang tak ke manalah blogpost anda itu. Tak mengapa jika anda setakat mencatat keywordsnya sahaja. Ada masa free, cepat-cepat kembangkan idea atau ilham tersebut.

3. Buat niche blog yang banyak bahan berita, sumber atau cerita, seperti blog pendidikan, blog resepi, niche berita semasa, dan sebagainya. Sekarang ni paling ramai saya perhatikan blogger buat blog perihal family atau parenting. Mungkin niche begini lebih dekat dengan kehidupan harian blogger itu sendiri.

4. Tentukan target nak tulis berapa entri seminggu. Jika nak tulis 10 entri, make sure setiap hari tulis 2 entri di blog. Dengan cara itu anda tahu kemampuan anda dan masa yang diperlukan untuk menulis di blog.

5. Berdoa kepada Allah agar sentiasa diberikan kesihatan dan ilham yang baik-baik agar kita dapat terus berbakti melalui penulisan.

Rasanya itulah yang saya kerap buat agar terus konsisten dalam penulisan blog dan blog sebtiasa aktif dengan entri terkini. Jangan biarkan blog kesayangan anda terkubur begitu saja jika dengannya anda boleh menyebarkan manfaat kepada ramai orang.

Selamat berblog ya!!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Memang banyak kekangannya.
    salute bagi yang boleh publish 3/4 entri sehari.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close