Garis Panduan Penempatan Anak-Anak Ke Sekolah Menengah Tahun 2020. Bila anak-anak nak naik tingkatan 1 tahun depan (2020), maka ibu bapa penjaga yang kelam kabut sikit nak buat tindakan yang sepatutnya agar anak-anak dapat naik tingkatan 1 dalam masa ditetapkan. Antaranya kena siapakan pengesahan dokumen pendapatan, surat beranak, kad pengenalan dan sebagainya.
Maka, ikut arahan dan garis panduan yang saya sertakan di bawah, agar ibu bapa sentiasa alert pada tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Garis Panduan Penempatan Murid Ke Tingkatan 1 Tahun 2020
Garis Panduan Penempatan Anak-Anak Ke Sekolah Menengah Tahun 2020. Disertakan di bawah ini garis panduan dan tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa.
Tarikh : 4/11/2019 - 7/11/2019
Cetakan surat penempatan murid ke Tingkatan 1 dikeluarkan kepada ibu bapa penjaga
Tarikh : 4/11/2019 - 14/11/2019
- Pengesahan penempatan oleh ibu bapa di sekolah menengah yang ditempatkan
- Permohonan rayuan pertukaran penempatan di sekolah menengah yang ditempatkan.
Tarikh : 8/12/2019 - 12/12/2019
- Keputusan rayuan penempatan semula murid
- Cetakan surat kelulusan rayuan penempatan semula
Tarikh : 15/12/2019 - 19/12/2019
Pengesahan penempatan bagi kes rayuan
Tarikh : 29/12/2019 - 31/12/2019
Pendaftaran murid tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2020
Semoga ibu bapa dapat membuat persediaan untuk anak-anak memasuki tingkatan satu tanpa ada penangguhan disebabkan hal-hal yang tidak dilaksanakan seperti panduan dalam jadual di atas.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.