Manfaat Atau Mudarat Semuanya Daripada Allah. Tazkirah ringkas yang saya nak share adalah tentang manfaat dan mudarat dalam kehidupan ini. Manfaat maknanya benda yang bawa kebaikan kepada kita, kesan yang berpanjangan dalam perjalanan kehidupan kita. Manakala, mudarat pula adalah kesan yang sebaliknya ke atas kita daripada perbuatan kita sendiri atau orang lain. Mudarat ni menjadikan diri kita berasa risau, tak tenang, sakit dan sebagainya, kesan yang tidak baik.
Sebab itu kita digalakkan berdoa agar kita jadi orang yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lainnya. Orang yang memberi manfaat ni hasilnya mudah nampak seperti orang sayang, bahagia dengan kita, urusan jadi mudah dan banyak lagi benda yang baik-baik.

Manfaat Atau Mudarat Semuanya Daripada Allah
MANFAAT MAHUPUN MUDARAT KESEMUANYA DARIPADA ALLAH.
Firman Allah SWT :
قُل لَّاۤ أَمۡلِكُ لِنَفۡسِی نَفۡعࣰا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاۤءَ ٱللَّهُۚ
[Surat Al-A'raf 188]
Terjemahan :
"Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah."
Apabila dihadapkan dengan manfaat, dan kita pun nak beri manfaat kepada orang lain, insya Allah akan dipermudahkan urusan kita. Benda baik-baik Allah suka. Tapi kita pun kena usaha dalam istiqamah bagi memberikan manfaat kepada orang lain.
Waima, dengan perkataan, tulisan dan niat dihati.. berusaha untuk memberi manfaat kepada orang di sekitar kita.

Jangan jadi orang yang memudaratkan, dan jangan ajak orang lakukan kemusnahan. Jika kita tak mampu memberi manfaat kepada orang lain maka jangan halang orang lain daripada mendekati kebaikan.
Kalau kita dah jahat, sering melakukan kemungkaran dan maksiat.. jangan ajak orang lain ikut sama macam perangai kita. Paling tidak simpan segala aib anda itu untuk diri sendiri dan Allah. Biar Allah yang uruskan selebihnya.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.