Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rindu Dan Amarah, Tanda Sayang!

Rindu Dan Pengorbanan Begitu Mahal Harganya. Dalam marah ada rindu. Rindu yang tak berpenghujung apabila orang yang kita rindu itu tiada di depan mata untuk dikasihi, untuk dipeluk. Hanya doa dari jauh untuk mereka yang kita sedang rindui.

Bila rindu kat seseorang, usah bongkarkan atau luahkan kepada semua. Kerana tidak semua orang faham akan situasi yang sedang kita hadapi. Rindu bukan hanya kepada kekasih hati, tetapi perasaan rindu boleh hadir untuk keluarga, anak, kawan-kawan, dan sebagainya. Tapi tak lah rindu pada musuh kita kut.. hehe

Rindu Dan Amarah, Tanda Sayang!

Apa kita nak buat bila rindu? Doakanlah.. doakan yang baik-baik. Agar orang yang kita rindui itu berada dalam jagaan Allah selalu. Bila masanya tiba, Allah pasti akan menggantikan rindu kita dengan kebaikan.


Rindu Dan Amarah Tanda Sayang!


Rindu memerlukan pengorbanan. Pengorbanan menahan rasa, apabila si dia itu berada jauh beribu batu. Walau dapat berbalas mesej, dapat melihat gambarnya namun tak sama bila kita dapat memeluknya, menyentuhnya dan bergaduh mesra. Itulah perasaan saya saat ini kerana rindu akan hero sulung saya yang berada jauh di perantauan.


Sebenarnya, sebagai ibu.. saya rindu nak marah dan bergaduh dengannya. Tetapi hero sulung saya ni tak suka melawan. Paling tidak dia akan tidur bila lepas kena bebel atau marah.

Sama juga dengan hero kedua saya ni. Kita marah bagai nak rak.. langsung tak ada perasaan nak melawan.

Bila ditanya apa perasaan bila kena marah. Boleh dia jawab biasalah.. tak simpan dalam hati. Tak kecil hati. Sebab apa? Sebab ibu adalah ibu. Itu jawabnya. Tak apalah nak marah. Hanya ibu boleh marah saya. Orang lain tak boleh. Haha..

So, hanya ibu ada kuasa veto nak marah dia, nak nasihat anytime. Sesiapa nak nasihat dia akan terima. Yang boleh marah dia hanya ibunya yamg seorang ini. Aduhai anak.. semoga dah besar nanti jadi anak yang soleh, penyejuk mata penenang hati ayah dan bonda ya..

Hanya kerinduan dari jauh yang dapat digambarkan melalui tulisan ini.

Semoga kamu tabah, anakku! Anak-anakku.. ❤❤❤

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close