Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Siapa Yang Perlu Kita Dahulukan Di Dalam Doa?

Siapa Yang Perlu Kita Dahulukan Di Dalam Doa? Ada juga rakan-rakan bertanya. Di dalam doa, siapa yang kamu dahulukan? Mengikut turutan doa-doa tsrsebut. Kalau ikutkan memang tak ada pantang larang kita nak dahulukan siapa dan siapa pula yang terakhir dalam senarai doa kita.

Tetapi, jika dilihat secara logik, mestilah kita nak berdoa untuk diri sendiri dulu. Betul tak? Lagi-lagi kita sedar yang diri kita ini pendosa yang melakukan dosa setiap hari.

Siapa Yang Perlu Kita Dahulukan Di Dalam Doa?

Namun, cuba baca penerangan ringkas di bawah, yang boleh kita jadikan panduan dalam urutan orang yang mahu kita doakan.


Siapa Yang Perlu Kita Dahulukan Di Dalam Doa?


Ya, duhai sahabat..

Dahulukan dirimu sendiri dahulu di dalam setiap doa-doa dan kemudian doakanlah sesiapa yang kamu mahu.

Ini sesuai dengan apa yang diperlakukan oleh Nabi Allah Musa, Nabi Nuh dan juga Rasulullah SAW.

Doakan diri sendiri dahulu

1. Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Usaimin rahimallah berkata, "Seseorang itu sebaiknya memulai dengan dirinya sendiri terlebih dahulu pabila ia hendak berdoa.

2. Musa alaihissalam berkata, " Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku." - Al A'Raf, ayat 151.

3. Nuh alaihissalam berkata, "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku." Surah Nuh, ayat 28. Pada ayat ini Nabi Nuh mendahulukan doa terhadap dirinya daripada kedua orang tuanya.

4. Nabi SAW juga bersabda, "Mulailah dari dirimu sendiri." Oleh kerananya, mendahulukan diri sendiri merupakan hal yang lebih utama ketika berdoa.

Daripada penjelasan di atas, diharap kita semua faham dengan jelas siapakah yang lebih utama disebut di dalam doa, mengikut keutamaan. 

Doakanlah sesiapa yang kita mahu, itu yang penting. Doa-doa kita yang ikhlas tanpa diketahui oleh saudaramu yang kamu doakan itu, itu yang lebih afdal dan mustajab.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close