Maka berdoalah dengan asmaul husna al Akhir ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah.
Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..
Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.
Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)
“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.
Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Al Akhir
1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:
2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:
Yaa Aakhir = 1,000 kali
Ertinya :
Al-Akhir maksudnya Maha Akhir. Yang Maha Penghabisan / Yang Terakhir / Maha Akhir – Dialah yang paling kemudian dan tiada berkesudahan, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
a) Amalkan berzikir ‘Ya Aakhir’ sebanyak 200 kali sesudah solat 5 waktu selama sebulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
b) Sesiapa menyebut ‘Ya Aakhir’ berulang-ulang, InsyaAllah akan mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.
c) Apabila ‘Ya Aakhir’ dibaca setiap selesai solat Isyak sebanyak 1000 kali, InsyaAllah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.
Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.
3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:
4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.
Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...
Semoga bermanfaat.
Rujukan:
1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
2. Shafiqolbu.wordpress.com

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.