Coretan Harapan Sempena Hari Lahir 4 Disember. Harapan adalah doa. Perkara yang Allah paling suka adalah doa. Doa dari seorang hamba kepada Tuhannya. Begitu juga sempena hari lahir saya pada hari ini 4 Disember, saya pun tak putus berdoa. Saya juga mengharapkan doa-doa yang murni untuk bekal perjalanan saya di atas muka bumi ini. Selagi ada nafas. Dan hidup.. bukan sekadar bernafas. Mesti ada manfaat kepada kehidupan orang lain juga.
Harapan menggunung saya hamparkan, saya dambakan agar saya terus istiqamah berada di atas jalan kebenaran dan menggapai redha Illahi dalam segala apa yang saya buat di atas muka bumi ini. Tanpa redhaNya siapalah saya. Semoga segala pinjaman yang Dia beri ini, akan saya kembalikan dalam bentuk yang suci, terbaik dan dikasihi olehNya hingga ke alam sana.

Coretan Harapan Sempena Hari Lahir 4 Disember
Apa harapan saya? Apa doa rahsia saya kepada Allah? Apa yang ingin saya gapai ketika usia menginjak ke satu angka lagi?
Itulah sebabnya coretan harapan ini saya hasilkan. Agar ia menjadi kenangan dan tanda ingatan bahawa ada satu hari di mana saya amat mengharapkan doa baik dari kalian yang membaca coretan ini.
Ada satu hari paling istimewa saya tunggu doa dalam diam dari rakan sahabat saudara mara yang mendoakan buat saya. Insya Allah.. iaitu pada tanggal 4 Disember saban tahun.
Terima kasih jika ada yang sayang kan saya, terima kasih jika mendoakan kesihatan, rezeki, kebahagiaan dan ketenangan buat saya.
Hanya Allah yang akan membalas doa baik kalian itu.
Ya ALLAH,
sempena hari lahir ini
ku sujud syukur padaMU
kerana masih memanjangkan usiaku ini
sedangkan kematian itu semakin menghampiriku
Ya ALLAH,
kupohon padaMU
dengan bertambahnya usiaku ini
janganlah kulalai dari mengingatiMU
sedangkan ENGKAU tidak pernah melupakanku
Ya ALLAH
kutahu ENGKAU sentiasa menyayangiku
sebab itu diriku selalu diduga olehMU
Ya ALLAH
andai ini usiaku yang terakhir
terimalah taubatku, ibadatku dan amalanku ini Ya ALLAH
Ya ALLAH,
syukur ku dengan hadiah yang KAU berikan ini

Doaku hari ini.... sempena hari kelahiran

Aamiin aamiin aamiin ya rabbal'alamiin..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.