Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Mohon Ringankan Azab Ibu Bapa Dalam Kubur

Doa Mohon Ringankan Azab Ibu Bapa Dalam Kubur. Salam jumaat kepada sahabat yang membaca coretan saya pagi ini. Semoga langkah anda hari ni dimulai dengan doa, sedekah dan bismillah, dengan nama Allah. Siapalah kita tanpa Dia. Yang meminjamkan nyawa kepada kita untuk sehari lagi. Maka sewajarnyalah, kita membalas segala pinjaman ini dengan membuat kebaikan di dalamnya. Zahir dan batin mesti bersih, suci.. Tiada prasangka kepada Allah.

Doa mohon ringankan azab ibu bapa dalam kubur

Doa Mohon Ringankan Azab Ibu Bapa Dalam Kubur


Marilah sama-sama kita amalkan doa di bawah ini, amat besar syafaatnya kepada ibubapa kita yang telah meninggal dunia. Hadis riwayat Muslim. Ini doanya;

Allahummaghfirli zunubii waliwa lidayya warham huma kama rabbayanii soghiiro

Doa Mohon Ringankan Azab Ibu Bapa Dalam Kubur

Maksudnya:

Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku, dan juga dosa dua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka nemelihara dan mendidikku di masa kecil.

Waktu bila afdalnya membaca doa tersebut? Tidak pula disebutkan secara details tetapi bagi saya, biasa dibaca ketika selepas solat fardhu. Jangan pernah jemu mendoakan mereka, okay..

Jika keadaan ibu bapa kita di alam sana di azab dengan teruknya, insya Allah, ringanlah azabnya itu.

Jika ibu bapa kita orang yang soleh dan warak sewaktu hayatnya, maka darjah nya ditingkatkan ke syurga teratas.

Jadi, jangan berhenti mendoakan kedua ibu bapa kita dengan doa ringankan azab kubur seperti di atas.

Semoga bermanfaat.




Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close