Ilmu Tidak Akan Hadir Kepada Orang Yang Melakukan Maksiat. Hentikan lah melakukan maksiat kerana setiap titik maksiat yang kau lakukan, ia menggelapkan hati dan wajah. Orang yang sering melakukan maksiat wajahnya nampak kusam, tidak bercahaya. Kita hidup di atas muka bumi ini bukan selamanya. Dan kita pun tak tahu bilakah ajal kan menjemput tiba. Jangan fikir kemudian nanti nak bertaubat hingga rasa seronok dan bangga melakukan maksiat samada terang-terangan ataupun bersembunyi. Kerana.. di ceruk mana pun kamu melakukan kemungkaran, balasan Allah tidak akan terlepas daripadamu.
Takutlah akan pembalasan dan azab Allah kepada mereka yang melakukan maksiat yang telah dijanjikan di dalam kitab al Quran.
Ilmu Tidak Akan Hadir Kepada Orang Yang Melakukan Maksiat
Suatu hari Imam as-syafie mengadu dengan tok gurunya; Waki’ bin al-Jarrah berkenaan masalah ingatan yang lemah kemudian telah dinasihatkan oleh gurunya agar meninggalkan maksiat.
Diterangkan lagi bahawa sesungguhnya ilmu itu cahaya, dan cahaya ini tidak akan hadir pada mereka yang melakukan maksiat.
Sehingga Imam as-Syafie bersyair:
شكَوْتُ إِلَى وَقِعٍ سُوْءَ حِفْظى
فَأَرْشَـدَنِي إلى تَرْكِ المَعاصِي
وَأَخْـبَرَني بِـأَن العِلمَ نُـورٌ
ونُـورُ اللهِ لا يُهدَي للعَاصى
Aku telah mengadu kepada guruku Waqi’ tentang buruknya hafalanku,
Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat,
Beliau memberitahuku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,
Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat.
Sumber Facebook Mufti Wilayah Persekutuan
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.