Makan Malam Santai Dengan Sotong Goreng Tepung Terbaik. Apo lah nak buat malam minggu ni, belek peti ais tak da apa nak masak. Kena lah denda diri sendiri makan kat luar lagi. Oleh kerana geng family kami kecik je, mudah nak diurus. Salin baju, pakai tudung, ambil kunci kereta.. dah, kita jalan jalan cari makan malam. Haha.. dalam rumah ni yang nak kena pakai tudung saya sorang je, so no time menunggu lama-lama. Okay.. saya pantas je🤭🤭🤭
Kali ni makan malam bajet ya, no seafood or western bagaii.. makan jimat cermat namanya. Kalau nak jimat kenalah makan kat warung bawah pokok ya..
Walau bawah pokok, dia punya masakan sedap dan terbaik. (Bukanlah bawah pokok sangat... )
Yang di atas ni adalah nasi goreng pattaya. Thai mari yea..
Tak dilupakan jugak nasi goreng ayam goreng kunyit. Macam mana tu, nak nyebutnya pun terbalik balik.. layan dengan sup "bodoh" dia. Sedap wehh!!
Makan Malam Santai Dengan Sotong Goreng Tepung Terbaik
Sotong goreng tepung antara faveret kami bila order makanan. Walau makan sup atau mee goreng, nak jugak order sotong goreng tepung terbaik.
Nah.. resepi nya, [RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG TERBAIK DAN RANGUP]
Lain-lain menu adalah seperti dalam gambar di bawah.
Yang di atas ni adalah nasi goreng pattaya. Thai mari yea..
Tak dilupakan jugak nasi goreng ayam goreng kunyit. Macam mana tu, nak nyebutnya pun terbalik balik.. layan dengan sup "bodoh" dia. Sedap wehh!!
Makan-makan santai bersama family. Setiap kali makan kami akan order makanan kegemaran hero yang sulung jugak, walau hanya bayangan rindu yang menemani. Sambil makan sebut nama dia, kata dia suka makanan ni dan sesi terobek selalu terjadi.. dalam kenyang ada sedih jugak. Moga Allah jagakan dia untuk kami.
Salam makan santai, bye!!
1 Comments
Alhamdulillah. Kenyang jua perut 😁
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.