Petua Hilangkan Jeragat Pada Muka Dengan Mudah Dan Murah. Jeragat memang agak merisaukan terutamanya jika tumbuh banyak pada muka. Kalau dah banyak sangat, kita pulak rasa segan. Betul tak? Ada ketika dah macam-macam cara dibuat tetapi tetap sama je, jeragat tak nak terhapus atau pudar.
Saya ada terbaca dalam akhbar Harian Metro tentang cara nak pudar dan hilangkan jeragat di muka. Rupanya caranya mudah je, hanya gunakan 2 bahan yang mudah dan murah iaitu lemon dan kentang.
Nak cuba? No big deal pun, tak ada kesan sampingan yang memudaratkan.
Petua Hilangkan Jeragat Pada Muka Dengan Mudah Dan Murah
Ujarnya lagi, vitamin A, B, C dan E dalam kentang akan melambatkan penuaan pada wajah, seterusnya mengelak kehadiran bintik penuaan dan pigmentasi.
Kentang adalah bahan berkanji yang sifatnya mencerahkan kulit, melawan proses cepat tua daripada usia. Ia turut menambah kilauan kulit lebih cantik dan semula jadi.
Lemon pula adalah sejenis tumbuhan serba guna bersifat mencerahkan kulit secara berganda. Ini kerana kandungan antioksidan yang sangat tinggi dan vitamin C mampu menghentikan penghasilan melanin, menutup pori dan melawan jerawat.
Malah mereka yang memiliki jerawat tebal juga boleh mencuba merawat wajah menggunakan lemon. Ramai yang mencuba memberi maklum balas positif dan gembira melihat keadaan kulit mereka selepas menggunakan sapuan lemon. Jerawat mula mengecut dan kering selepas beberapa hari.
Apa yang penting untuk hasil terbaik, wanita perlu mengamalkannya secara konsisten setiap hari. Mereka juga harus tahu cara merawat kulit supaya dapat mengekalkan kecantikan seterusnya mencapai matlamat kulit sihat,” katanya.
MASKER KENTANG DAN LEMON
Bahan-bahan:
- 1 biji ubi kentang
- 1 biji lemon
- 1 biji ubi kentang
- 1 biji lemon
Cara buat masker kentang dengan lemon
1. KENTANG dibuang kulit dan dipotong dadu.
2. REBUS kentang sehingga empuk.
3. MASUKKAN kentang ke dalam pengisar bersama campuran air lemon. Kisar sehingga halus.
4. BAHAN pupur kentang lemon yang siap dikisar.
5. HASILNYA seperti dadih.
6. SAPU ke seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit. Alami aroma segar lemon dan biarkan ia meresap ke dalam wajah anda. Selepas itu basuh wajah dengan air biasa. Lakukan setiap hari agar bintik hitam dan jeragat semakin pudar dan terus hilang.
1 Comments
alhamdulillah takda masalah jeragat. terima kasih share info ni ^_^
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.