Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Goreng Berlada Sambal Hijau

Resepi Ayam Goreng Berlada Sambal Hijau. Ayam goreng antara menu kegemaran kami sekeluarga. Kalau boleh setiap hari lauk ayam goreng pun tak kisah. Tapi sesekali saya nak masak ayam goreng sambal berlada dengan sambal hijau. Biasa guna cili kering. Kali ni nak guna cili padi pulak. Mesti sedap kan?

Kalau nak ayam tu sentiasa lembut walau dah sejuk, potong ayam dalam saiz kecil macam kita nak masak ayam goreng kunyit. Bila dimasak, semua bahan serata dan lebih mudah dimakan. Jangan terlalu kering, nanti ayam jadi keras.

Resepi Ayam Goreng Berlada Sambal Hijau


Ayam goreng berlada sambal hijau memang rare, jarang dimasak.. tapi bila dah ada depan mata, makan dengan nasi panas pun dah cukup. Terbaik..

 
Resepi Ayam Goreng Berlada Sambal Hijau

Resepi Ayam Goreng Berlada Sambal Hijau

Bahan-bahan: 

1 biji bawang besar (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
20 tangkai cili padi (dikisar)
1 biji kentang (dihiris bulat)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
4 – 5 ketul (potong kecil) ayam (digoreng separuh masak)
1 Sudu besar gula
Secubit garam
1 sudu besar air asam jawa

Cara masak ayam goreng berlada sambal hijau:


1. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili bersama sedikit air
2. Goreng ayam separuh masak. Kalau suka ayam yang garing sikit, boleh goreng sampai ayam dah cukup masak. Ketepikan.
3. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar tadi. Tumis hingga ia jadi sedikit kering
4. Masukkan air asam jawa ke dalam tumisan
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata
Kemudian masukkan juga kentang yang dipotong nipis serta bawang yang dihiris bulat. Gaul rata.
6. Setelah sambal masak, masukkan pula ayam yang dah digoreng tadi dan gaul bersama sambal yang dah masak tersebut.
7. Angkat dan hidangkan

Kalau nak bagi makan anak-anak yang masih kecil, bolehlah kurangkan jumlah cili padi tadi. 

Resepi ayam goreng berlada sambal hijau ni memang mudah disediakan. Masaklah dengan ikhlas demi family tersayang.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close