Manusia Yang Tidak Tua Adalah Orang Yang Selalu Membaca Al Quran. Al Quran adalah mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan pula kepada kita yang menjadi umatnya. Semakin banyak kita membaca al Quran dan memahami maksudnya lalu mengamalkan dalam setiap aspek kehidupan, maknanya kita sedang memperbaiki kehidupan kita. Semakin banyak kalam-kalam Allah ini ditulis (sebarkan), ia takkan pernah habis-habis.
Al Quran dan kaitannya dengan umur kita. Semakin banyak kita membaca, fahami dan amalkannya dalam kehidupan kita, maka semakin bermanfaat dan bernilainya setiap nafas yang kita hela. Al Quran ternyata kitab panduan hidup yang tidak pernah memesongkan kita. Berpeganglah pada al Quran dan hadis, insya Allah hidup lebih nyaman dan tenang kerana diredhai Allah sepanjang masa.
Al Quran dan kaitannya dengan umur kita. Semakin banyak kita membaca, fahami dan amalkannya dalam kehidupan kita, maka semakin bermanfaat dan bernilainya setiap nafas yang kita hela. Al Quran ternyata kitab panduan hidup yang tidak pernah memesongkan kita. Berpeganglah pada al Quran dan hadis, insya Allah hidup lebih nyaman dan tenang kerana diredhai Allah sepanjang masa.
AL QURAN DAN UMUR KITA
Manusia Yang Tidak Tua Adalah Orang Yang Selalu Membaca Al Quran. Berkata Abdul Malik bin Umair:
"Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".
"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-Quran".
Berkata Al-imam Qurtubi :
"Barang siapa yang membaca Al-Quran, maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".
Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.
"Perbanyaklah membaca Al-Quran, jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".
Berkata Ibnu Solah :
"Bahawasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca Al-Quran, maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia".
Berkata Abu Zanad :
"Di tengah malam, aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca Al-Quran".
Berkata sebahagian ahli tafsir :
"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Quran, maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".
"Kami memohon kepada Allah agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya".
Umur kita terlalu singkat,
... hingga ALLAH kurniakan Lailatul Qadar untuk menambah umur amal.
Umur kita terlalu singkat,
... ALLAH pinta bersilaturrahim untuk memanjangkannya.
Umur kita terlalu singkat
... ALLAH kurniakan Puasa Enam hari di bulan Syawal seperti berpuasa setahun.
Umur kita terlalu singkat,
... ALLAH kurniakan baca Surah Al-Ikhlas seperti membaca sepertiga Al-Quran.
Umur kita terlalu singkat,
... ALLAH kurniakan Solat di Masjidil Haram seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.
Umur kita terlalu singkat,
... ALLAH kurniakan Solat berjemaah nilainya 27 kali lebih daripada solat sendirian.
Umur kita terlalu singkat,
...ALLAH kurniakan Solat sunat sebelum subuh kekayaan akhirat seluas langit dan bumi
Umur kita terlalu singkat,
...ALLAH kurniakan solat subuh berjemaah seperti solat sepanjang malam.
Umur kita terlalu singkat,
... ALLAH kurniakan solat isyak berjemaah seperti solat separuh malam dan bebas dari sifat munafik
Hidup ini terlalu singkat,
... ALLAH kurniakan satu huruf bacaan Al-Quran dengan 10 pahala/ kebaikan.
Hidup ini terlalu singkat hinggakan kita kadang kala alpa mengejar dunia yang tak pernah habisnya.
Manfaatkanlah umur kita ke jalan kebaikan yang bermanfaat kepada diri sendiri dan juga orang di sekeliling kita.
Manfaatkanlah umur kita ke jalan kebaikan yang bermanfaat kepada diri sendiri dan juga orang di sekeliling kita.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.