Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bantulah Agama Allah Dengan Jiwa Kamu

Bantulah Agama Allah Dengan Jiwa Kamu. Islam agama suci. Agama terakhir yang diturunkan kepada umat Muhammad. Alhamdulillah.. jika kita dilahirkan dalam agama Allah kerana dengan izinNya, kita sudah terjamin masuk syurga. Dengan lafaz syahadah, tiada Tuhan selain Allah, hanya Allah yang aku sembah..

Bantulah Agama Allah Dengan Jiwa Kamu

Cintailah agama dengan jiwamu. Pertaruhkan seluruh jiwa, khabarkan kepada semua yang kamu adalah islam, seorang muslim. Agar penganut agama lain ikut sama hormati anutan kamu.

Bantulah Agama Allah Dengan Jiwa Kamu


Terus terang tentang agama yang kamu percayai. Agar tidak ada curiga dan prasangka agama lain terhadap kita. Contohnya jika rakan mu yang kafir mengajak kamu meneguk arak, katakan padanya, "Saya muslim. Haram bagi saya meminum arak."

Berdiri dengan bangga, selimuti jiwa dengan iman dan taqwa. Tampil dengan aurat sesempurnanya. Jadikan diri kita adalah lambang seorang muslim sejati.

Jagalah agama Allah ini dengan nyawamu. Kerana kamu adalah seorang ISLAM.

BANTULAH AGAMA ALLAH DENGAN HARTA DAN JIWA KAMU


Firman Allah SWT :

وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

[Surat At-Tawbah 41]

‎Terjemahan :

"dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

Jangan malu kerana kamu seorang islam, seorang muslim. Tampilkan dirimu seiringan dengan agama yang kamu anuti. Berpegang teguh dengan al Quran dan hadis. Insya Allah, semuanya akan berada pada landasan yang betul.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. InshaAllah. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan bersama 😊

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close