Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Janganlah Kamu Menyembunyikan Ilmu

Janganlah Kamu Menyembunyikan Ilmu. Ilmu itu untuk dikongsi bukan disimpan kedekut untuk diri sendiri. Jangan bakhil dengan ilmu baik-baik yang anda ada kerana pada asalnya ilmu itu kamu mendapatkannya daripada orang lain juga. Berkongsilah kepada insan terdekat dengan anda, atau pun para sababat yang anda sayangi dan jangan dilupa berkongsilah ilmu dengan rakan muslim anda.

Semakin banyak ilmu yang dikongsi, terutamanya ilmu yang penuh keinsafan.. dan membuatkan orang lain mendapat pengajaran daripadanya, makin banyak pahala yang mengalir kepada anda. Dengan ilmu yang dikongsi, ia mungkin menjadi asbab seseorang itu bertaubat kepada Allah.

Jom kita berkongsi ilmu yang bermanafaat dan bukannya yang berunsur fitnah.

Janganlah Kamu Menyembunyikan Ilmu

Janganlah Kamu Menyembunyikan Ilmu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW  bersabda: "Barang siapa ditanya mengenai suatu ilmu dan ia menyembunyikannya, maka ia akan dipukul dengan pukulan dari api neraka pada hari kiamat." (Abu Daud No: 3173) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Ilmu bermanfaat yang ada pada seorang mukmin sama ada ilmu agama atau ilmu keduniaan, perlu disebarkan atau disampaikan untuk manfaat orang lain.

2.  Ilmu bermanfaat yang diajar kepada orang lain akan menjadi bekalan pahala berterusan selepas seseorang itu meninggal dunia

3.  Mereka yang enggan menyampaikan ilmu yang benar serta menyembunyikannya dengan tidak menyampaikan kepada orang lain akan dihukum di akhirat nanti.

4. Bagi mereka yang berilmu, jauhilah dari sifat kedekut untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu bermanfaat lebih-lebih lagi yang diperlukan oleh orang lain.

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menyampaikan ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia. 

Semoga ilmu yang disampai, akan menjadikan orang lain lebih baik dan menjadi saham pahala berterusan buat kita.

Semoga bermanfaat.


Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close