Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jatuh Tersungkur Itu Biasa, Bangkitlah Dengan Cinta

Jatuh Tersungkur Itu Biasa. Maka bangkitlah semula dengan cinta. Kamu akan kuat setelah berkali-kali tersungkur, tergelincir dan tidak diendahkan. Kamu akan jadi kebal dari orang lain. Setelah itu, kamu tawanlah seluruh rasa syukur dan bahagia setelah semuanya berakhir.

Cuaca mendung tak selamanya menggelapkan duniamu. Bersabarlah, bertenanglah.. hela nafasmu perlahan-lahan. Pandanglah ke depan. Sapu air matamu. Kamu yang kuat, tak layak untuk terus berduka.

Berfikir berlebihan tentang perkara yang membelenggu jiwa memang menyakitkan. Selalu bersangka sangka dengan orang lain juga amat memenatkan. Emosi jadi tak stabil.. jatuh tersungkur itu biasa, maka bangkitlah dengan cinta.

Jatuh Tersungkur Itu Biasa, Bangkitlah Dengan Cinta


Jom baca nukilan motivasi dan inspirasi dari ustazah Asma' Harun. Begitu indah sekali untuk dijadikan azimat diri.

Jatuh Tersungkur Itu Biasa
Rajinkan berzikir dengan zikir Ya Qawiyy dan Ya Fattah, ikut seberapa banyak kamu mampu. Semoga Allah memberikan takdir terbaik buat kamu.

Ingat tu, jangan biarkan dirimu terbelenggu dalam kesedihan dan kegagalan terlalu lama. Cepatlah bertindak perbaiki diri. Kerana airmata yang kamu keluarkan sudah cukup menjadikan kamu lebih kuat dari semalam.

Jatuh itu biasa. Bangkit setiap kali jatuh itu yang luar biasa. Jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana Allah.

Sentiasa ingat.. Allah selalu ada!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat. boleh terus buat :D

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close