Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kes Wuhan Virus Atau 2019-nCoV Novel Coronavirus

Kes Wuhan Virus Atau 2019-nCoV Novel Coronavirus. Melalui satu terbitan berita dikatakan jangkitan virus telah meningkat lebih 500 kes setakat Januari 2020. 17 kematian telah dilaporkan di China.


Sedikit info penting. 2019-IICoV merupakan keluarga coronavirus. Gejala adalah demam dan sesak nafas. Merupakan virus yang tidak pernah dijumpai pada manusia sebelum ini (novel virus).

Kes Wuhan Virus Atau 2019-nCoV Novel Coronavirus

Semoga kita semua lebih berhati-hati dan elakkan dari mengambil bahan mentah, yang tidak dimasak terutamanya dari susu, telur, daging dan sebagainya. 

Oleh itu bagi umat islam, jangan lah langgar larangan Allah. Jangan makan benda mentah yang belum dimasak dengan sempurna kerana di dalamnya ada virus yang belum mati yang boleh memudaratkan nyawa. Wallhua'lam. 

Kes Wuhan Virus Atau 2019-nCoV Novel Coronavirus


Kes Wuhan virus atau 2019-nCoV telah direkodkan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Thailand, Hong Kong, Jepun, Macau, Korea Selatan dan Taiwan selain daripada China. 

Maklumat Wuhan Virus yang baru ditemui ini adalah terhad. Setakat ini, jangkitan sesama manusia telah dipastikan. Waktu eraman/ inkubasi bagi virus adalah 1 hingga 2 minggu sebelum individu menunjukkan gejala. 

Pelancong yang pulang dari Wuhan (China) disarankan memerhatikan gejala dan elak dari ke tempat awam. 

Dapatkan bantuan perubatan segera sekiranya mengalami gejala selepas 1 hingga 2 minggu pulang dari China. 

Bagaimana mencegah dari dijangkiti Wuhan Virus atau Coronavirus?


1. Kerap mencuci tangan
2. Elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kandang
3. Elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk haiwan yang mentah/ atau tidak dimasak dengan sempurna seperti telur, susu, daging dan sebagainya
4. Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk
5. Elak sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close