Majlis Pernikahan Anak Sedara Sulung Di Pura Kenchana. Selamat tahun baru Cina kepada rakan yang menyambutnya. Semoga kalian lebih berbahagia dan berjaya pada masa depan. Sempena cuti CNY, kami sekeluarga berkampung di Batu Pahat, rumah abang sulung sempena majlis nikah dan kahwin pada 25 Januari dan 26 Januari 2020. Adik beradik dari KL/ Selangor, Negeri Sembilan dan yang kat negeri Johor ni semua berkumpul memeriahkan majlis yang jarang-jarang disambut ni.. hehe
Layan gambar pada hari persandingan pula, hari Ahad bersamaan 26 Januari 2020, bertempat di Dataran Club House Pura Kenchana. Luas kawasannya, parking pun senang. Alhamdulillah.. jemputan tak putus-putus dan ada juga dari kalangan VVIP iaitu sahabat sejak kecil abang saya..
Bunga pahar..
Bunga pahar antara pelengkap pelamin. Mencantikkan raja sehari.. dan kemudian diberikan pada tetamu sahabat saudara terdekat.
Selamat pengantin baru kepada anak sedara dan suaminya. Gambar kandid je yang mampu, sebab ada ramai photographer yang menunggu nak snap gambar dia orang.
Semoga berbahagia, harmoni, saling bergandingan dari dunia hingga akhirat.
Makcik-mak cik kesayangan anak sedara.. 🤣🤣🤣 |
Secara ringkasnya, menantu abang saya ni orang Selangor. Anak sedara perempuan saya ni adalah yang paling sulung dalam ramai-ramai anak sedara. Hehe.. yang kahwin dulu pun dia. Dah jodoh ek.. alkisahnya beliau masih belajar dalam phDnya. Jodoh dah sampai.. pilih jalan bahagia. Betul tak?
Majlis Pernikahan Anak Sedara Sulung Di Pura Kenchana Batu Pahat
Majlis pernikahan bermula pada pukul 5.00 petang. Hanya dibuat di rumah saja, lagipun waktunya dah petang, lebih baik buat di rumah. Memudahkan urusan semua pihak.
Jom layan gambar majlis pernikahan tu ya..
Hari Pernikahan, 25 Januari 2020
Hari Persandingan, 26 Januari 2020
Layan gambar pada hari persandingan pula, hari Ahad bersamaan 26 Januari 2020, bertempat di Dataran Club House Pura Kenchana. Luas kawasannya, parking pun senang. Alhamdulillah.. jemputan tak putus-putus dan ada juga dari kalangan VVIP iaitu sahabat sejak kecil abang saya..
Bunga pahar antara pelengkap pelamin. Mencantikkan raja sehari.. dan kemudian diberikan pada tetamu sahabat saudara terdekat.
Selamat pengantin baru kepada anak sedara dan suaminya. Gambar kandid je yang mampu, sebab ada ramai photographer yang menunggu nak snap gambar dia orang.
Semoga berbahagia, harmoni, saling bergandingan dari dunia hingga akhirat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.