Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pinjamkan Bahagiamu Untuk Impian Yang Manis


Pinjamkan Bahagiamu Untuk Impian Yang Manis. Awalnya Januari baru mendarat, seribu anganan dan harapan ditaburi segenap hati. Penuh jiwa dengan impian sepanjang perjalanan. Kerana impian serasa manis dan hangat.. merasa impian dan harapan bakal terlaksana dengan cantik dan mesra. Kerana aku percaya, Allah pasti tak akan melupakanku walau diceruk mana kaki ini melata. Semoga kamu dan kamu semua boleh pinjamkan sebentar bahagiamu dengan melakar namaku dalam setiap doa-doamu!

Terimakasih atas bahagia yang kau pinjamkan. Bila kali terakhir ku rasa seindah ini, ketika kau dengan ikhlas dan rela mengirim doa ingatan. Itu yang aku perlu. Seribu kebaikan mereka yang tak ikhlas takkan sama dengan sentuhan kasih sayangmu yang luhur, walau sedetik cuma.

Pinjamkan Bahagiamu Untuk Impian Yang Manis


"Dia ikhlas sayang kau ke?"

Teman di sebelah bertanya. Aku hanya termangu.

Adakah aku rasa sebegini jika dia tak ikhlas? Adakah aku akan merasa damai tatkala melihat senyuman itu?

"Hanya aku yang rasa. Bukan kau. Sebab dia sayangkan aku, bukan kau.." bidasku.

"Tengok nanti. Biar masa menentukan." Getus dia.

Aku sekadar berdehem. Tak puashati betul bila orang kata aku dipermainkan.

"Boleh je orang kata dia sayang kau, tapi setakat itu je. Tak ada komitmen. Tak ada pasti.."

Aku malas bertekak.

Rasa ini tak perlu dicanang. Rasa dia tak perlu ditunjuk. Cukup namaku didendang dalam setiap doanya, itulah bahagia bagiku. Mahalnya doa seseorang.. bila dia mula menyebut namamu, itulah tanda dia sayangkan mu kasihkan mu. Itulah sejatinya kasih sayang sesama insan.

Pinjamkan Bahagiamu Untuk Januari Yang Manis

Terimakasih lagi, untuk dia yang selalu ada. Dalam helaan lelah dan rindu. Antara kita biar tak bersemuka, tetapi Allah telah tahu.

Jika kasih sayang ini penyebab kita ke syurga Allah, aku reda dan bahagia.

Nanti sebutlah namaku, jika kau tak temuiku di sana. Carilah aku agar-agar bersama kita menjadi tetamu syurga abadi.

Bukan di dunia sejatinya kasih ini terbukti.

Kebaikan yang kau hulur, secebis bahagia yang ditinggalkan.. bersyukurlah. Kan ada satu hati yang mendoakan kebaikan buatmu. Meskipun kau tak tahu, biarlah.

Ada doa dalam malam sunyi, dihulur buatmu dalam diam atas segala sedih yang kau rawati. Terimakasih atas bahagia yang kau pinjamkan.

Sebahagian sumber;
www.Mykarya.com

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close