Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan Yang Sedap


Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan Paling Sedap. Bayam brazil adalah sejenis sayuran yang baru saya kenal sejak 2 tahun kebelakangan ini. Mulanya nampak kat FB, kemudian ada kawan-kawan share kat blog, dan last sekali hari ini kawan baik saya bagi satu beg plastik besar bayam brazil. Apa nak buat tu? Dia suka tanam, masak pulak dia bagi kat saya. Dia kata sedap. Saya pun bawa lah balik dan nak cuba memasaknya. Saya pula jenis tak suka bercucuk tanam. Hehe..

Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan Paling Sedap

Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan Paling Sedap

Disebabkan ramai dah tulis resepi bayam brazil goreng belacan, saya pun nak share juga base on pengalaman saya sendiri. Dek rezeki dapat bayam brazil dari kawan yang menanamnya di sekeliling rumah, maka saya mencuba memakannya buat kali pertama. 

Orang kata bayam brazil masak lemak cili api pun sodap? Iya ke? Nanti lain kali kita cuba, okay👌👌

Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan Paling Sedap


Bagi sesiapa yang first time makan bayam brazil, meh cuba masak atau goreng dengan belacan. Sure sedap!!

Bahan-bahan:

1 mangkuk bayam brazil - dah dibuang batangnya
15 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara memasak bayam brazil goreng belacan


1. Cuci bersih bayam brazil dan toskan 

2. Tumbuk lumat cili padi, bawang besar, bawang putih dan belacan


3. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau. Masukkan serbuk perisa, jika suka. Jangan lupa garam dan gula untuk seimbangkan pedas cili padi

4. Akhir sekali masukkan bayam brazil anda dan masak sehingga daun bayam layu.

Kalau anda nampak bayam brazil dah masak, boleh angkat sayur dan hidangkan.


Walau nampak macam layu, bayam brazil bukanlah seperti sayur bayam yang biasa kita makan tu, lembik kan.. bayam brazil tetap kenyal walau nampak macam terlebih masak. So, jangan risau.

Sebaiknya masak bayam brazil dengan dicampur sedikit air agar ia mudah layu. Itu ikut pengalaman saya la.

Apa rasa bayam brazil? Hmm.. rasanya macam daun pakis yang merah tu, agak kenyal dikunyah dan ada sedikit pahit. Sikit je.. dia macam kombinasi rasa sayur kailan dengan pakis. Haha...

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. setakat ni suka bayam brazil yg dibuat ulam. rapuh, lemak sedap makan dengan sambal belacan. hehe

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close