Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tukar Tayar Belakang Black Knight Kesayangan

Tukar Tayar Belakang Black Knight Kesayangan. Pada sabtu yang lepas saya ada share pasal servis kereta kesayangan hamba, dan hasil servis tersebut depa kata semua tip top. 100% dijamin masih boleh berfungsi dengan baik. Termasuklah tayar kereta my Black Knight tu. Tetapi, next sunday tu En Suami kata tayar kereta belakang dah mengelembung sikit. Takkan nak biarkan.. sebab bahaya jika tetiba meletup ketika drive.

Tukar Tayar Belakang Black Knight Kesayangan
Cuba zoom sekali, akan nampak tayar yang
menggelembung itu..

So, hari Ahad 5 Januari 2020, kita pergi tukar tayar belakang la..


Tukar Tayar Belakang Black Knight Kesayangan


Kata Black Knight kesayangan, kenalah jaga macam nyawa sendiri. Maka, ganti tayar belakang di kedai tayar yang kita orang pergi dulu.

Since tayar Honda pakai Continental, cari jenis tayar yang sama. Nasib baik ada.. tapi biasalah manufacture 2018. 2 biji tayar kami bayar RM760.




Lama juga menunggu sebab pelanggan memang ramai. Pekerja dia orang pun ramai tetapi proses sesebuah kereta yang makan masa lama. Ada yang tukar sport rim dan macam-macam lagi.

Bila dah selesai selepas 2 jam menunggu, lega rasa bila Black Knight saya ni dah normal balik dan sedap dipandu.

Berhati-hati di jalan raya ya. Sentiasa peka dengan masalah kereta anda demi keselamatan nyawa anda dan penumpangnya sekali.

Selamat memandu.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Takpa alah membeli menang memakai. Untuk keselamatan juga tu 😊

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close