Ubat Untuk Hati Yang Sakit. Sakit di luar nampak dengan jelas dan mudah mencari penawarnya. Sakit kepala makan panadol. Sakit selsema, makan ubat selsema. Kalau batuk pun boleh makan ubat batuk. Tetapi jika hati yang sakit, apa ubatnya? Lagi pula, kalau hati yang sakit tak nampak di luar. Pakai teropong pun tak nampak. Macam mana tu?
Orang yang baik hati, tak sakit.. akan terpancar pada wajah dan penampilannya. Raut wajahnya sesejuk mata memandang. Berdekatan dengan orang yang hatinya baik dan tak sakit, akan terpancar aura ketenangan apabila mendampinginya. Orang kata, penenang hati penyejuk mata? Hihi..
Ubat Untuk Hati Yang Sakit
Hati yang sakit ada ubatnya. Ada penawarnya. Apa dia? Tentulah al Quran. Hati yang sakit dan hitam, al Quran lah penawarnya.
Dan kami turunkan daripada al Quran (sesuatu) yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman; sedangkan bagi orang yang zalim (al Quran itu) hanya akan menambah kerugian. - {al Isra', 17:82}
Hati yang sakit ni ada banyak punca dan asbabnya. Antara punca hati sakit adalah:
1. Iri hati dan dengki
2. Suka bersangka buruk pada orang lain
3. Tidak percaya kepada qada' dan qadar Allah
4. Sombong, angkuh
5. Jauh dari al Quran
6. Suka berbuat maksiat
7. Dan banyak lagi
6. Suka berbuat maksiat
7. Dan banyak lagi
Jadi, amalkanlah membaca al Quran agar hatimu yang sakit dan hitam itu dapat dibersihkan dengan membaca dan memahami al Quran.
Jadikan al Quran dan isinya sebagai penawar hati yang sakit. Sekali mungkin tak berkesan.. berkali-kali kamu baca, fahami dan hayati, maka akan terasa lapangnya dada. Sebaknya di hati bila ayat al Quran telah meresapi di hati.
Insya Allah..
Jadikan al Quran dan isinya sebagai penawar hati yang sakit. Sekali mungkin tak berkesan.. berkali-kali kamu baca, fahami dan hayati, maka akan terasa lapangnya dada. Sebaknya di hati bila ayat al Quran telah meresapi di hati.
Insya Allah..
2 Comments
Kembalilah kepada ajaran-Nya
ReplyDeleteIn syaa Allah, hati akan sihat
bila hati sakit tu ditambah dengan godaan syaitan, lagi lah berapi rasanya. nauzubillah. semoga kita semua dijauhkan
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.