Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Allah Tunggu Taubat Kita

Allah Tunggu Taubat Kita. Tak pernah Allah menutup pintu taubat hambaNya malahan Allah selalu menunggu hamba-hambaNya bertaubat. Walau macam mana jahat seorang hamba, masih ada pintu ampunan yang Allah buka untuknya.


Taubat tak mesti tunggu tua ya kekawan dan sahabat sekalian. Nak taubat jangan tangguh-tangguh. Bila terlintas di fikiran nak bertaubat, segerakanlah. Itu adalah kerana taufik dan hidayah Allah dah sampai kat kita. Allah amat sayangkan kita sebab itulah kita jadi insan terpilih untuk dihantarkan cahaya hidayah.

Sabarlah wahai hati. Andai tak mampu menanggung beratnya ujian, maka menangislah. Isi sebak di hati dengan selawat, istighfar dan zikir kepada Allah. Yakin dan pasti Allah ganjarkan sesuatu untuk kita.

Allah tunggu taubat kita

Allah Tunggu Taubat Kita


Allah tak pernah benci kita. Allah tidak pernah sesekali lupakan kita. Tetapi kita yang selalu abaikan DIA. Sedang Dia sentiasa ternanti-nanti taubat kita tetapi dimanakah kita? Di mana saat Allah menunggu kita pada setiap waktu? Dimanakah kita saat Allah menanti kita di sepertiga malam?

Ingatan kepada sahabat semua. Bila usia menjangkau 40 tahun ke atas, usahlah risaukan pasal dunia. Dah tiba masanya kita mengejar akhirat. Bercakap pasal akhirat, berfikir apa bekalan ke akhirat dan sentiasa bertaubat kepada Allah.

Bila kita kejar akhirat, secara automatik dunia akan mengikuti kita. Jangan bimbang jika tak ada bekalan hari tua di dunia tetapi bimbanglah bila tak ada bekalan nak di bawa ke akhirat.

Pada malam-malam kita penuhi lah dengan tangisan penyesalan taubat kita kepada Allah. Allah sentiasa menunggu kita untuk berbicara dengannya.

Usah kalut san risau tak menentu dengan urusan dunia. Jika usia dah melangkau 40 tahun ke atas, kalau masih belum ada bekalan ke akhirat, kita takut masa dah tak sempat untuk kita bawa bekalan ke akhirat.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan menuju ke negara abadi dengan tenang dan sempat bertaubat menyesal kesilapan dan dosa-dosa masa lalu.

Insya Allah...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close