Bubur Nasi Berlauk Special Sedap Rasanya. Kongsi santai kisah makan kami lagi kali ni, dan menu yang kami cuba adalah bubur nasi berlauk istimewa. Balik dari rumah mother in law, perut lapar dan tekak dahaga. Masa kat rumah MIL suruh makan tak nak tapi sekarang mengadu lapar pulak perut ni. Since kami pun tak bergegas nak pulang, kami pergi cari makan nak pekena sup atau makanan berkuah. Nak makan yang berat-berat dah tak larat.
Kami pun singgah di satu warung tepi jalan, agak besar warung dia dengan jumlah pelanggan yang ramai. Orang kata kalau tempat makan tu ramai orang, pasti sedap makanannya. Kita cuba, okay. Nanti kat bawah boleh tengok gambar yang saya kongsikan.
Oleh kerana tekak tak berapa nak selera makan, kami pilih bubur nasi berlauk. Sekali datang.. haa tengok, besar mangkuk dia dan penuh satu mangkuk bubur dia. Tak tau boleh habis atau dak..
Macam biasa bubur nasi berlauk tentulah ada lauk sampingan dia seperti ikan bilis, sayur kangkung, kacang, jeruk lobak putih, telur masin dan tak lupa sambal cili padi dia.
You all rasa sambal cili padi dia pedas atau tidak?? Hmm... pedas sayannng.. setiap kali suap mesti nak minum air. Tapi ngada nak telan jugak sebab sedap sangat bubur nasi special kat sini.
Bubur Nasi Berlauk Special Sedap Rasanya

Rasa bubur nasinya lemak macam ada santan, kemudian terlalu lembut. First time kita orang rasa bubur nasi macam ni. Tak pasti apa perencah dia boleh jadi sedap macam tu..
Lain kali kami akan repeat lagi ke sini, kerana keenakan bubur nasinya. Kalau makan tanpa lauk pun tak apa.. boleh habis satu mangkuk besar tu.
Namun malam tadi, saya tak habis makan. En suami tolong habiskan. Yang penting tak membazir.
Okay bye!!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.