Cabaran 40 Hari Menjadi Muslim Yang Lebih Baik. Cabaran yang memang mencabar namanya tetapi ia bekalan yang kekal yang kita boleh bawa sekali walau selepas mati. Insya Allah.. kalau macam-macam cabaran diet, cabaran lari, cabaran makan.. ramai orang nak buat dan ramai yang mampu. Tetapi cabaran 40 hari menjadi muslim yang lebih baik ni memang mencabar. Ramai yang sanggup dan ramai juga yang gagal separuh jalan.
Cabaran 40 Hari Menjadi Muslim Yang Lebih Baik
Saya nak kongsikan satu cabaran terhadap seorang muslim untuk jadi hamba yang lebih baik dalam kehidupan seharian.
Apakah cabarannya itu?
1. Bangun solat sunat tahajjud
Yang ini memang agak sukar juga nak buat, mampu buat sebulan sekali je kut sebab dah lumrah manusia lebih sayangkan tidur daripada bangun tengah malam untuk solat sunat tahajjud dan sebagainya. Kadangkala kita terbangun pukul 3.00 pagi tetapi pergi toilet dan kemudian sambung tidur atau belek telefon sekejap. Kita semua mengalaminya... sebenarnya bila kita terjaga, Allah nak kita bersujud kepadanya, merintih, bertaubat dan mengadu padanya. Tetapi.. kita insan yang lemah.. dan sedang berusaha melaksanakan cabaran yang satu ini.

2. Mandi sebelum solat subuh
Mandi sebelum subuh mudah dilakukan terutama bagi anak-anak yang duduk asrama sebab nak berebut tandas. Betul tak? Tapi kalau duduk kat rumah sendiri yang tak perlu berebut, cabaran ni agak sukar dilaksanakan. Bangun untuk solat subuh kemudian tidur semula. Itulah kebiasaan kita. Yak tak?

3. Solat di awal waktu
Boleh lakukan cabaran solat di awal waktu? Mestilah boleh, bila terdengar azan terus ambil wuduk. Bila solat di awal waktu, kita akan rasa masa yang ada amatlah mencukupi untuk kita siapkan kerja. Namun jika solat dilewat-lewatkan kita akan rasa masa sentiasa tak cukup. So, apa kata kita sahut cabaran yang ini dengan bersungguh-sungguh.

4. Perbanyak bersyukur, istighfar dan membaca al Quran
Antara bersyukur (mengucap alhamdulillah), istighfar dan membaca al Quran. Mana satu cabaran yang sukar bagi anda? Bagi saya, membaca dan faham al Quran tu yang agak liat sikit nak buat. Dalam sehari, ada juga lepas maghrib baca dan fahami al Quran. Kalau usai solat fardhu yang lain, tak berkesempatan nak pegang al Quran kerana kekangan kerja dan waktu. Tapi tak apa, jom kita perbaiki amalan kita.

5. Sedekah setiap hari
Sedekah setiap hari menjadikan kita lebih tenang dan bahagia. Sedekah paling mudah adalah sedekah senyuman dan sedekah al Fatihah. Sedekah wang ringgit dan harta benda yang kita sayang, itu cabaran yang agak sukar. Tapi jika kita berkeras nak buat amalan ini, alangkah bahagianya hidup di dunia dan akhirat,.

6. Solat sunat Qabliyah dan Ba'diyah
Solat sunat yang menjadikan kita insan terkaya di dunia adalah solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh. Yang dipanggil solat sunat Qabliyah. Kitalah manusia paling kaya berbanding seisi dunia yang lain. Mungkin ini cabaran yang agak menarik sebab bukankah kita teringin nak jadi manusia terkaya di dunia??
Marilah bersama saya kita sambut cabaran ini dengan satu azam yang kuat dan tak pernah mengalah hingga nyawa di tarik dari badan. Kita boleh dan mampu jika kita yakin dengan kemampuan diri kita.
Insya Allah.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.