Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dialog Tuhan Dan Manusia, Seorang Hamba

Dialog Tuhan Dan Manusia, Seorang Hamba. Pernah tak dalam sesuatu masa, sesekali ketika kamu berseorangan kamu akan terasa rindu yang teramat sangat. Tak tahu apa yang dirindukan. Kamu terasa sayu dan sepi. Padahal manusia kesayangan semua berada dekat denganmu. Mengapa begitu? Siapa sebenarnya yang rindukan kamu? Pelik kan?

Jika kamu ada pada sesetengah keadaan, dilanda sepi, sayu dan rindu.. sebenarnya Dia sedang mengingati kamu. Dia TuhanMu sedang mengetuk pintu hatimu. HidayahNya sedang mendekatimu. Maka jangan berlengah. Percepatkan istighfarmu. Dekatkan diri mu denganNya. Tunaikanlah solat taubat. Mohon ampunan kepadaNya. Kita mungkin tak sedar, dalam ibadat kita kepadaNya, masih ada yang tak sempurna. Maka sempurnakanlah semampumu. Kerana Dia sedang menunjukkan bahawa kamu dalam kasih sayangNya selalu. Subhanallah. 

Dialog Tuhan Dan Manusia, Seorang Hamba

Dialog Tuhan Dan Manusia, Seorang Hamba


Jom baca dialog di bawah, dialog antara Tuhan dan manusia. Cuba baca tanpa ada gangguan bunyi-bunyian dan kalau boleh di dalam bilik berseorangan. Kamu akan terasa keheningannya. Airmata mudah saja mengalir.

Dialog TUHAN dan manusia.

Tuhan: "hamba Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!" .

Hamba: "Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya." .

Tuhan: "hamba Ku, lakukan 2 rakaat syafa' dan 1 rakaat witir saja!" .

Hamba: "Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam." .

Tuhan: "hambu Ku solat witir saja.." .

Hamba: "Ilahi, aku letih sekali, apa tidak ada cara lain?" .

Tuhan: "hamba Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH..." .

Dialog Tuhan Dan Manusia, Seorang Hamba

Hamba: "Ilahi, aku sudah mengantuk kalau aku bangun nanti mengantuknya hilang." .

Tuhan: "hamba Ku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakan YA ALLAH.." .

Hamba: "Ilahi, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut." .

Tuhan: "hamba Ku, kalau begitu sebut saja dari dalam hati YA ALLAH, dan akan kami hitung itu sebagai solat malammu." . Sampai disini si hamba sudah tidak peduli kerana tertidur lena. .

Tuhan: "lihatlah wahai malaikat Ku, bagaimana telah Aku mudahkan semua baginya, akan tetapi dia pergi dari Ku dan tidur tanpa meninggalkan apapun.. Bila datang waktu subuh bangunkan dia agar dia bermunajat pada Ku, Kerana Aku merindukan suaranya." .

Malaikat: "Ya Ilahi, telah kami bangunkan dia tapi dia kembali tidur." .

Tuhan: "bisikkan di telinganya bahawa Aku menantinya." .

Malaikat: "Ilahi, dia tetap tidur." .

Tuhan: "katakan, sudah azan...sebentar lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum habis waktu subuh kerana aku ingin memberkati sepanjang harinya." .

Malaikat: "Ilahi, apa Engkau tidak ingin marah padanya?" .

Tuhan: "Hamba ku tidak memiliki siapapun selain Aku, Aku menangguh marah Ku menunggu dia bertaubat. Hamba Ku, ketika engkau solat Aku memandangmu, seakan Aku tidak memiliki hamba selainmu... Namun engkau lalai seakan kau memiliki ratusan Tuhan....??!. .

Dialog Tuhan Dan Manusia, Seorang Hamba

Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI.. Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA ILAHI.. Betapa AGUNG ENGKAU YA ILAHI...

Ampuni kami hambaMu yang lemah ini" .

Sila share kepada sahabat2 lain semoga mampu mengejutkan hati yang sedang tidur, jiwa yang sakit. Semoga kita istiqamah. In Shaa Allah.

Hanya Engkau yang mampu ya Allah, untuk mengasihi kami tanpa pernah menyakiti. Sebaliknya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close