Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dinner Nasi Goreng Sambal Udang Yang Sedap

Dinner Nasi Goreng Sambal Udang Yang Sedap. Kalau setakat untuk makan berdua, lebih baik beli je. Orang kata masak kat dapur orang lain. Jomlah kita ramai-ramaj dinner kat dapur orang lain, lebih jimat masa dan duit. Hehe... Order, makan dan bayar. Tak payah kemas dapur, cuci pinggan dan sebagainya.

Kalau diikutkan nak buat nasi goreng ni mudah je. Nasi yang dah dimasak, disejukkan dulu. Contohnya, masak malam kemudian simpan dalam peti ais, esok pagi baru goreng. Lagi sedap nasi goreng tu nanti. Semua chef terkenal akan cakap macam tu.. Hehe..

Bahan-bahan lain sebagai perencah adalah bawang putih, bawang merah, cili api ikut suka kepedasan, sedikit belacan, dan garam. Blender atau tumbuk semua tu.. Kemudian tumiskan hingga naik bau. Pecahkan telur sebiji atau lebih. Bila telur dan masak, masukkan nasi sejuk tadi. Gaul rata. Perisakan, kalau kurang masin tambah garam. Kalau nak bubuh kicap pun boleh. Last sekali campak sayuran hijau, jika suka.. 😂😂😂

Dinner Nasi Goreng Sambal Udang Yang Sedap


Dinner berdua je dengan En Suami sebab 2 hero kesayangan tak ada dah, duduk jauh. Sorang di utara dan sorang lagi di negara orang. Inilah pengorbanan yang kami dan anakanda lakukan demi memburu cita-cita di hati. Semoga Allah yang Maha Kaya dan Maha Pengasih sentiasa memberkati dan merahmati perjalanan mereka berdua di atas muka bumi ini. Insya Allah... 😥😥😥

Baiklah.

Oleh kerana tinggal berdua, maka makan pun yang simple-simple je. Makan kat warong.. Order apa yang tekak nak makan.


Dinner Nasi Goreng Sambal Udang Yang Sedap

Saya makan nasi goreng sambal udang. Memang sedap. Sambalnya pun sedap. Nasi gorengnya pun not bad. Boleh telan dan sesedap rasa.

Sebenarnya kami dinner kat kawasan kolam pancing udang. So, itu yang teringin nasi goreng sambal udang. Kolam udang nya agak luas tetapi kaki pancing tak berapa ramai. Sebab bukan hujung minggu kut.. Orang dah penat bekerja waktu siang, malamnya nak berehat pulak. Tak gitu?



Encik suami pula order nasi goreng sambal sotong. Sedap juga menu tersebut. Tunggu setengah jam dah dapat makan. Dengan set air sekali. Nak air apa? Cakap je.. Memang jimat segala benda. Tapi kalau anda miliki keluarga yang besar, baik masak sendiri. Itu lebih jimat..

So, kesimpulannya.. makan di luar atau di rumah dan masak sendiri, bergantung kepada banyak sebab dan keadaan yang bersesuaian. Okay👌👌

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close