Dinner Simple Dengan Nasi Ayam Penyet Asli. Malam ni dinner bertiga rasa lain macam sikit, sebab si kecil ni dah nak masuk MRSM minggu depan. Jadi, oleh kerana dua-dua jauh, sorang di seberang laut dan sorang di utara, maka kita makan ramai-ramai lagi entah bila. Mungkin tunggu bulan Jun nanti bila si abang balik dari overseas.
Semoga kedua-dua putera kami dipelihara dan dalam dakapan kasih sayang Allah walau di mana mereka berada.

Dinner Simple Dengan Nasi Ayam Penyet Asli
Bila ditanya dengan si kecil, nak makan apa sebelum masuk asrama. Dia kata siakap 3 rasa. Dah agak dah.. itu memang faveretnya. Tapi jalan-jalan semua restoran seafood penuh. Nak buat macam mana.. monyok dia, tapi tak tersnap gambarnya pulak.. hehe
Tapi, kita orang tukar pulak makan Nasi ayam penyet special. Asli lagi..
Gambar nasi ayam penyet asli dengan tempe, tauhu dan kobisnya. Serta sup dan sambal tomato.
Ayam penyet asli dimana ayamnya lembut, tulang ayam pun boleh dikunyah sebab ayam telah dipenyetkan (penyek/ tumbuk) jadi mudah dimakan.
Pasal ais cikong, sekarang ni dia sikecil saya dah gila nak makan cikong ais. Dah tak nak dah dengan teh ais. Sebab apa? Sebab saya dah sekolahkan dia kata air cikong banyak khaisatnya. Bagus untuk kesihatan. Betul kan?
Sekian coretan santai kami makan malam bersama si kecil sebelum dia masuk asrama dan tinggal kami berdua je..

Nampak sedap kan ayam penyet asli saya? Hehe, memang kaw lah..
Lain kali boleh mengulang lagi.
Pasal ais cikong, sekarang ni dia sikecil saya dah gila nak makan cikong ais. Dah tak nak dah dengan teh ais. Sebab apa? Sebab saya dah sekolahkan dia kata air cikong banyak khaisatnya. Bagus untuk kesihatan. Betul kan?
Sekian coretan santai kami makan malam bersama si kecil sebelum dia masuk asrama dan tinggal kami berdua je..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.