Jalan jalan di Sungai Petani. Tempat Persinggahan, Makan Dan Menggamit Kenangan Di Sungai Petani. Jalan-jalan cari makan dan throwback kenangan lama.. itu sebab kenapa kita orang berada di bumi Kedah Darul Aman ni.. sambil hantar si kecil sambung belajar kat MRSM Merbok, En suami pun mengimbau kenangan tinggal 2 tahun di Sungai Petani ketika ayahnya jadi tentera dulu.
Banyak tempat yang dapat dicari, tetapi ada juga keadaan dan suasana persekitaran yang telah berubah. Iya la kan.. dah hampir 30 tahun berlalu.. hehe
Jalan-jalan Cari Makan Dan Menggamit Kenangan Di Sungai Petani
Mana tempat pertama kami singgah sewaktu tiba di Sungai Petani pada subuh Ahad yang lepas? Tentulah Aman Jaya Hotel. Tempat penginapan, agak selesa jugak dan bersih. Itu yang penting.
Bila dah sempat tidur dan berehat seketika, dalam pukul 11.00 pagi keluar cari makan sebab perut dah lapar. Round depan Aman Jaya Mall, lalu juga di Tesco, SP Plaza dan banyak lagi shopping complex. Tak singgah pun, just lalu lalang sebab serupa macam kat Johor jugak..
Akhirnya dek kerana cuaca amat terik, kami Google makan sedap, pak cik Google kata Pak Nik Cendol antara yang popular dan viral. Tapi jenuh, uncle WAZE tunjuk jalan kurang tepat. Pusing la kita kat area yang sama berkali-kali, lastly jumpa jugak. So, kita orang pekena cendol Pak Nik dengan laksa ikan sekoq. Hehe..
Bila dah kenyang, mula sesi imbau kenangan lama En suami dan abangnya. Jalan-jalan cari tempat kenangan. Antaranya Kem Tentera Lapangan Terbang dan sekolah kebangsaan Sg Layar.
Lepas tu, cari Lembah Bujang. Macam-macam waze tunjuk tempat, jalan Lembah Bujang la, kampung Lembah Bujang la, dan last sekali ke kawasan Lembah Bujang. Oleh kerana suasana persekitaran yang agak pelik dan sunyi seram, kita orang tak turun kereta pun. Berpatah balik keluar dari kawasan yang terpencil tu, seperti ditunjukkan oleh Waze. Hampeh betul...
Tapi sempat juga beli beberapa botol Nira Nipah yang banyak dijual di tepi jalan daerah Merbok dan Sg Petani. Rasa nira nipah? Hmm.. manis manis buah dan ada rasa sikit macam jus rambutan.
Tapi sempat juga beli beberapa botol Nira Nipah yang banyak dijual di tepi jalan daerah Merbok dan Sg Petani. Rasa nira nipah? Hmm.. manis manis buah dan ada rasa sikit macam jus rambutan.
Kemudian, cari MRSM Merbok. Ermmm.. kat situ jugak. Pusing dari depan, belakang, jalan mana pun boleh tembus MRSM. Mudah je.. dekat juga dengan Aman Jaya Hotel tempat penginapan kami.
On the way to MRSM, lalu sungai yang cantik tu, apa nama dia? Entah, dah lupa.. (pemandangan dari dalam kereta je...)
Ahad malam Isnin, cari makan kat Medan Selera Taman Ria. Subhanallah... macam-macam ada. Sate pun ada, sebab En suami penggemar sate. Datang tempat orang nak pekena sate jugak. Jom layan gambar di bawah. Biar gambar berbicara.
Tapi satu yang pasti, makanan kat Sungai Petani ni murah-murah. Dan banyak portion nya..
Antara menu yang kita orang makan, Nasi goreng portugis, Nasi goreng klasik, Nasi goreng ayam blackpepper, chicken chop rangup dan lain lain lagi.
En suami test laksa penang juga tapi rasanya sama apa yang terjual di Johor. So, tak ada kelainannya.
Begitulah al kisahnya kami di bumi Sg Petani dan Merbok demi menunaikan hajat hati si kecil belajar di sekolah berasrama. Nak berdikari kononnya.. doakan anakanda kami berjaya dunia akhirat ya..

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.