Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Makan Malam Dengan Siakap Stim Lemon Yang Segar Dan Sedap

Makan Malam Dengan Siakap Stim Lemon Yang Segar Dan Sedap. Jom tengok lauk makan malam kita orang, makan-makan santai dengan family tersayang. Lepas ambil si kecil balik sekolah menengah masa dah dekat pukul 7.00 malam. Anak bongsu saya ni kuat lapar, so kita orang pergi makan malam terus. Lagipun maghrib kat sini sekarang ni lewat sikit, lebih kurang 7.22 malam, so cepat-cepat singgah restoran dan minta menu yang mudah je..

Apa menunya?? Order siakap stim lemon dengan air cikong dengan side dish sotong goreng tepung dan telur dadar.

Makan Malam Dengan Siakap Stim Lemon Yang Segar Dan Sedap


Bila hidangan sampai, terus makan dan melayan si kecil yang dah besar ni. Haha, sebab si abang tak ada.. dia dilayan macam boss la pulak. Sesekali..

Meh la layan pula gambar-gambar makanan kita tadi.

Makan Malam Dengan Siakap Stim Lemon Yang Segar Dan Sedap

Siakap stim lemon yang sedap, rasanya masam manis dan pedas. Tengok kuah dia tu.. sedap wehh hirup macam tu je. Saiz agak besar, so kita orang agak harga dia cecah RM22.00.


Ais cikong yang menyihatkan. Ada beras barli, cincau, dan ramuan-ramuan lain yang tak pandai nak nyebutnya.


Sotong goreng tepung antara menu sampingan yang wajib bila order seafood menu.




Agak-agak malas nak masak, kami makan je kat luar macam ni. Rasanya lebih jimat sebab family kami tak ramai, masak sedikit bazir masa dan gas, masak banyak tak habis pulak. Gitulah gamaknya..

Makan santai ni hanyalah sebagai coretan kenangan family kami dan simpan dalam blog buat tatapan lain kali. Oh ya, anggaran kos makan malam dengan sìakap stim lemon ni adalah RM47.00.

Alhamdulillah..



Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close