Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aynorablogs Telah Terbitkan 3,478 Entri Setakat Tahun 2019

Jumlah Entri Di Blog Setakat Tahun 2019 Sebanyak 3,478. Posting ini adalah dari tahun 2011, iaitu dari sejak bulan November 2011. Selama lebih kurang 9 tahun berblog, inilah hasilnya. Itulah kudrat yang termampu sebagai penulis blog separuh masa. Saya menulis bukan kerana nama tetapi sebaliknya kerana minat yang mendalam dalam bidang penulisan.

Nak dikirakan, kewujudan blog ni pun hanya diketahui oleh teman rapat dan adik beradik sahaja. Rakan sekerja pun tak tahu yang aynorablogs.com adalah blog saya walau selalu dia orang stalk resepi dalam blog ini. Hehe.. biarlah rahsia. Gitu lagi bagus, kan?

Aynorablogs Telah Terbitkan 3,478 Entri Setakat Tahun 2019 


Jumlah Entri Di Blog Setakat Tahun 2019 Adalah Sebanyak 3,478. Saya menulis dalam niche informasi termasuklah perkongsian tentang resepi, info pendidikan, petua dan tazkirah keagamaan.

Anda boleh rujuk gambar arkib di bawah tentang entri yang telah diterbitkan.

Aynorablogs Telah Terbitkan 3,478 Entri Setakat Tahun 2019

Jika dilihat trend atau mood menulis saya ada turun dan naiknya. Tahun 2011 tahun serius saya menulis walau pada waktu itu saya sedang bertungkus lumus menyelesaikan pengajian MBA saya.

Kemudian saya cuba berdisplin menulis dengan menghasilkan 5 entri seminggu. Namun kekadang kelaut juga displin tersebut.

Jadi, jika anda nak konsisten menulis entri di blog.. anda kenalah paksa diri untuk menulis setiap hari!! Jika sekiranya tiada idea, apa salahnya tulis draf dahulu kemudian simpan. Bila ada masa terluang, lihat balik draft anda dan sambung sedikit demi sedikit.

Usah langsung berhenti menulis kerana sekali anda stop, anda akan hilang mood langsung dan idea pun terkandas.

Jadi, berusahalah dengan memaksakan diri anda untuk menulis setiap hari walau sekadar sebaris ayat. Okay 👌👌👌😘

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close