Buah Nenas Semanis Madu Dari Kampung. Ini bukan nak cerita yang saya baru balik dari kampung walau kerajaan dah umum "Perintah Kawalan Pergerakan" mulai 18 Mac 2020. Kami pun nak jadi orang yang membantu meredakan wabak Covid-19 ni. Dan harap anda semua pun serupa, duduk rumah buat apa yang patut dan keluar jika ada keperluan sahaja.
Sebenarnya buah nenas yang saya tulis kat tajuk posting adalah buah yang kami bawa balik dari kampung mak mertua pada Ahad lepas. Memang manis dan besar buah nenasnya.
Tengok isinya ni😘😘 dahlah kuning, manis macam madu dan segar. Rasanya pun amat manis tak macam buah nenas yang biasa kami makan sebelum ni.
Nak cerita buah nenas ni sebenarnya ada banyak jenis dan baka. Jika dalam gambar saya tunjuk di atas, kalau tak silap buah nenas ni baka Nenas Madu MD2. Kalau kat pasaran sekilogram harganya mencecah RM5.00. Tengok berat dan saiz besar dan sebagainya. Bayangkan kalau sebiji lebih dari sekilo, berapa agaknya harga sebiji nenas MD2 ni?
Mak mertua beri saya 3 biji, tapi saya kata siapa nak makan, sebab besar saiznya.
Sebiji nenas MD2 yang besar gini, boleh makan 10 orang. Saya potong serong dan panjang biar senang nak makan. Dapat lebih 10 potongan.
Buah nenas MD2 berbentuk bujur, mata kulit nenas besar-besar. Ketika dipetik masih belum kuning sangat tetapi bila dibiarkan sehari dua, dia bertukar warna kekuningan.. macam yang saya tunjuk dalam gambar di atas.
Bila tak habis, simpan dalam peti ais. Nanti makan bila dah sejuk, memang awesome. Sedap tak terkata. Alhamdulillah.. atas rezeki ini.
Semoga bermanfaat.

Buah Nenas MD2 Semanis Madu Dari Kampung

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.