Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Masak Bendi Goreng Telur Ringkas

Masak Bendi Goreng Telur Ringkas. Bila bukak peti ais ternampak sayur bendi yang belum dimasak. Kalau macam ni, saya suka masak bendi goreng telur. Mudah menyediakannya. Sambil tu boleh je ratah-ratah makan dengan roti Gardenia, atau lempeng sayur dan sebagainya.

Cara nak masak bendi goreng telur? Mudah je. Bawang merah, bawang putih, cili padi, dan bendi hiris kasar. Tumis hingga naik bau. Masukkan telur. Kacau sebentar dan biarkan. Perisakan dengan garam dan gula. Bila telur dan bendi dah masak, matikan api. Gitulah lebih kurang resepinya.. selamat mencuba 😅😅😅


Masak Bendi Goreng Telur Ringkas  

Masak Bendi Goreng Telur Ringkas


Masak Bendi Goreng Telur Ringkas 


Ini bukanlah entri resepi tetapi saja saya share gambar masakan saya untuk family tersayang. 


Bendi goreng telur yang amat ringkas, cepat dan pedas. Haha.. yang pedas tu semestinya pilihan saya. Pedas lah baru kaw!!


Saya padankan lauk lunch ni dengan ayam segera Ayamas. Rangup dan pedas juga. Khas bahagian peha.


Layan je gambar ya, seronok masak sebab kami sekeluarga memang suka dengan bendi goreng telur ni. Lepas tu goreng kering, tak perlu air pun.. kalau nak letak jugak, letak sedikit air saja.

Memang sayur yang sedap, ringkas tetapi disukai ramai. Hehe..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Sedapnya bendi pecah telur. Nyummss.

    Done follow sini #986. Done klik ads 🌷

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close