Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Setiap Anak Berhak Berjaya, Inilah Rahsia Saya!

Setiap Anak Berhak Berjaya, Apakah Rahsianya? Walau anak seorang, dua atau lebih semua mereka berhak berjaya. Setiap anak dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. Ada yang bijaknya memang gifted sejak lahir dan ada pula yang nakalnya masya Allah, menguji kesabaran kita. Ada juga anak yang bijak kerana diasuh dan dididik oleh ibu bapa untuk berjaya.

Sebagai ibu bapa, kitalah rahsianya bagaimana anak-anak boleh berjaya. Berjaya dalam pelajaran, pekerjaan, kehidupan dan semuanya walau kejayaan tersebut sekecil semut hitam sahaja..

Setiap Anak Berhak Berjaya, Inilah Rahsia Saya!

Setiap Anak Berhak Berjaya, Apakah Rahsianya?


Ingin saya sentuh di sini adalah bagaimana hak anak yang kurang bijak dan nakal untuk menjadi pandai dan berjaya. Kitalah yang mencorakkanya.

Bagaimana kita nak "mendidik" dan "memantau" minda anak-anak yang kurang berjaya pada awalnya bertukar kepada anak yang berjaya? Inilah rahsianya...

Kongsikan harapan kita padanya. Jangan simpan impian anda sendirian. Contohnya anak kita menduduki tempat corot dalam kelas pada tahun 2019. Jangan marahi dia. Duduk bersamanya dan kata, jom kita bina harapan bersama. "Tahun 2020 ni ibu nak adik dapat jadi top ten dalam kelas. Ibu nak tolong adik. Jadi, ikut nasihat ibu dan kita belajar sama-sama.. okay!"

Seterusnya.. semak buku dan kerja rumahnya setiap hari. Saya akan jadualkan buku anak-anak saya. Saya jadi guru besar di rumah. Kerja rumah mesti kena siapkan. Sambil tengok anak buat kerja rumah, sambil ingatkan dia apa harapan kita bersama. Pesan kat anak-anak, enjoy your study!

Bayangkan yang dia telah berjaya. Apa akan jadi? Ajak anak anda membayangkan perkara yang seronok iaitu jika dia telah berjaya nanti. Apa akan jadi? Contohnya berjaya jadi doktor. Bayangkan yang dia boleh bantu ramai orang susah dan fakir miskin. Bayangkan dengan kejayaannya itu, dia boleh merawat ibu, bapa atuk neneknya yang sakit. Bantu dengan percuma. Dapat pahala yang berganda-ganda. Saya kerap cerita macam ini dengan kedua-dua anakanda saya.  Alhamdulillah, impian untuk berjaya semakin kukuh untuk digapai.


Doa dengan terperinci apa harapan kita kepada Allah SWT. Ajari anak-anak kita yang pandai atau sebaliknya.. Berdoalah dengan terperinci. Doa dengan impian yang serupa tetapi mintak Allah tunjukkan jalannya. Contohnya, hari ini ada exam Matematik Tambahan. Minta kepada Allah semoga lulus Add Math dengan keputusan A- dan ke atas. Jadi, minta dengan jelas kepada Allah. Allah Maha Kaya, mengapa takut-takut untuk meminta? Mintalah dengan lebih...


Berikan supplemen minda seawal anak berusia 8 tahun. Ia memang berkesan. Iya, memang berkesan kerana saya dah buat kat kedua-dua anak saya. Ramai orang yang tidak percaya makan supplement untuk otak. Tak mengapa, tapi saya tetap nak bagi minda anak saya "makanannya", terutama supplement berasaskan makanan sunnah. Beri kismis setiap hari dengan disertai dengan doa-doa tertentu. Insya Allah... anak anda akan lebih bijak dari semasa ke semasa. Contohnya anak kecil saya yang agak nakal dan kurang fokus pada pelajaran, dari kelas tercorot dalam darjah 1, berjaya naik ke kelas A dan jadi top ten dalam darjah 6. Lagi sekali, jelaskan kenapa dia kena ambil supplement tersebut. Insya Allah.. anak kita boleh berjaya.

Muliakan dan hormati para guru. Yang ini namanya ambil berkat belajar daripada guru-guru. Saya pesan kat anak saya, dengar dan hormat cakap ibu dan guru. Insya Allah anda berjaya! Alhamdulillah.. Begitulah anak-anak saya melalui hari-harinya di sekolah. Cikgu redha dengan ilmunya, maka berjayalah kamu. Semoga semakin tinggi ilmu anak-anak ini, semakin tinggi akhlaknya.

Selamat mencuba. Semua anak berhak berjaya, kita lah rahsianya. Kitalah ibu bapa yang main peranan utama dan kemudian barulah cikgu di sekolah. Anak-anak yang cemerlang sebenarnya bermula dari rumah.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close