Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Video - Selamat Hari Lahir Sayang

Video - Selamat Hari Lahir Sayang. Hari ini 26 Mac 2020, entri ini saya catatkan dalam blog ini sebagai kenangan buat permata hati kesayangan bonda yang jauh di mata di seberang laut China Selatan, tetapi sentiasa dekat di hati hingga hujung nyawa.

Seorang hamba Allah yang sangat sederhana dalam segala hal tetapi istiqamah dalam mengejar impiannya menjadi seorang doktor muslim yang cemerlang di dunia apatah lagi di akhirat. Insya Allah.
Video - Selamat Hari Lahir Sayang


Video Selamat Hari Lahir Sayang


Selamat hari lahir sayang, 💕❤, semoga usiamu yang bertambah menjadikan kamu seorang hamba yang semakin baik kepada TuhanNya.. Aamiin


Bersambung kisahnya yang istiqamah nak jadi doktor, cita-cita itu tersimpan sejak usianya 5 tahun lagi. Apatah Allah kurniakan dia dengan kebijaksanaan (by gifted), insya Allah perjuangan itu takkan pernah berakhir, belajar hingga ke akhir nyawa. 

Beliau seorang abang yang sangat positif terhadap adiknya, sentiasa menjadi supporter yang kuat untuk adik kesayangannya.

Hasilnya, si adik yang berjarak usia sejauh 7 tahun mengidolakan si abang dan bertekad mengikut setiap jejak langkah abangnya. Masya Allah.. nikmat rezeki yang Allah kurniakan buat kami ini tak terkira besarnya. Allahu Akbar..

Sejak dari sekolah rendah, jika si abang memasuki kelas 6A, si adik pun mengejar jejak masuk kelas yang sama. 7 tahun dulu si abang masuk MRSM, kini adik pula memasuki MRSM juga. Cita-cita pun serupa, mahu menjadi seorang doktor.

Setiap baju, kasut waima barang-barang si abang di rumah pun dia tak kisah untuk memakainya walau baju dan kasut yang dah lama atau buruk.

Begitulah dua beradik itu yang kami namakan "NAQIB" pada awalan nama mereka.

Kepada anakku Naqib, usiamu meningkat lagi. Seharusnya amalan dan akhlakmu pun seiring menjadi lebih indah dan terpuji. Dilimpahi dengan segala kebaikan, dengan rezeki seluas lautan dan tunduk syukur kepada yang Maha Esa.

Anakku, sebagai abang sayangilah adikmu sepenuh hati. Kepada adikmu, ajari dia untuk hormatkan kamu. Kelak kalian akan berada dalam pelukan kasih sayang yang menyejukkan dan menenangkan hati. Sehingga ke hujung nyawa.

Salam ikhlas dan kerinduan dari kami di sini. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close